HomeEntertainment"Kenapa Biarkan Doktor Lelaki Sambut" - Ustazah Label Suami Dayus Ini Terima...

“Kenapa Biarkan Doktor Lelaki Sambut” – Ustazah Label Suami Dayus Ini Terima Reaksi Ramai

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bagi pasangan suami isteri, anak merupakan pelengkap dalam sesebuah keluarga

Antara perkara yang perlu suami isteri bersedia adalah tentang proses kelahiran, di mana mahu melahirkan anak. Di hospital kerajaan atau swasta. Semua ini perlu diambil berat untuk mengelakkan masalah yang akan berlaku nanti.

Sudah tentu, pemilihan doktor yang akan menyambut kelahiran bayi juga sangat penting untuk ibu bapa. Adakah doktor perempuan atau doktor lelaki yang akan menyambutnya nanti.

Tular baru-baru ini di sosial media apabila video seorang penceramah bebas yang ‘mengecam’ tindakan buat para suami yang membiarkan isteri mereka bersalin disambut doktor lelaki telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video itu di bawah:

Kecam dengan para suami yang biarkan aurat isteri dilihat doktor lelaki semasa proses kelahiran

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang penceramah bebas yang mengecam tindakan sesetengah kaum suami kerana membiarkan aurat isteri mereka terbiar semasa proses bersalin.

Difahamkan, dia memberi pandangan bahawa zaman sekarang ramai saja doktor wanita yang boleh menguruskan wanita bersalin, tetapi mengapa masih ada sesetengahnya membiarkan doktor lelaki juga yang menyambut kelahiran itu.

“Mana dia seorang lelaki, mana seseorang yang ada rasa cemburu melihat lelaki lain lihat aurat isteri dia, bawah tempat rahsia hanya suami saja tahu”

“Sebagai seorang suami, kamu ingat di dunia kamu boleh lepas tangan. Allah akan membela wanita. Jangan main-main. Sehebat mana kamu sama ada ustaz di luar sana mengajar dan ceramah, macam mana kalau bini (bayi) kamu disambut lelaki yang bukan suaminya,” jelasnya.

Gambar sekadar hiasan.
Image via Majalah Pama

“Pihak hospital tentukan, tak akan kami ni biar bini sendiri jadi taruhan” – Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi dan pandangan mereka mengenai kes itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.9M views, 62.2K likes dan 15.8K comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Image via TikTok

Image via TikTok

Image via TikTok

Image via TikTok

Image via TikTok

Image via TikTok

Image via TikTok

Image via TikTok

Apa pun kena bincang elok-elok dengan pasangan sebelum pilih hospital dan doktor 😉

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Must Read

Related News