“Kecil-Kecil Dah Dibandingkan” – Netizen Berang Anak Sekecil Ini Dah Diberikan Suplemen

0
292

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Tidak dinafikan, kanak-kanak sememangnya memerlukan vitamin yang cukup untuk tumbesaran yang sempurna

Oleh sebab itu, mereka digalakkan mengambil pemakanan yang sihat dan seimbang sejak kecil lagi. Ibu bapa kini juga mencari pelbagai alternatif seperti mengisar sayur-sayuran dan buah-buahan supaya mereka mendapatkan pemakanan yang seimbang. 

Namun, tular baru-baru ini di Twitter yang memaparkan perkembangan anaknya yang positif setelah mengamalkan pemakanan suplemen menarik perhatian netizen. 

Lihat posting penuh itu di bawah: 

Tu yang lahir-lahir terus makan supp :’) pic.twitter.com/e7qmGLFQbm

— نور (@suhailee_) June 8, 2021

Bahaya beri anak minum air fructose yang mengandungi lebih gula

Menerusi posting berkenaan, sebuah paparan seorang netizen menyatakan dia mendapat feedback yang positif setelah anaknya mengamalkan suplemen tersebut.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila dia bertindak untuk membandingkan perkembangan anaknya yang masih kecil.

Perkara ini mengundang berang netizen kerana kanak-kanak seharusnya diberikan makanan yang sihat seperti sayur-sayuran atau buah-buahan asli. Malah, apa yang mengundang kemarahan netizen adalah apabila ibu bapa suka membandingkan perkembangan anak mereka dengan anak orang lain.

Image via @suhailee_ (Twitter)

Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen memberikan pandangan masing-masing berkenaan isu tersebut

Ketika artikel ini ditulis, posting berkenaan mendapat perhatian sebanyak 3K tweets, 3K likes dan 28 comments di Twitter. 

Berikut di bawah merupakan antara komen daripada netizen di Twitter: 

Kalau ikutkan silabus early childhood education tak perlu pun ajar budak 5 tahun menghafal and it’s not indicative of a good ‘parenting skills’. Budak2 camtu patut banyak kena sun, connect dengan nature, kurang terdedah pada tech, belajar melalui bernain dan tidur awal.

— Indefinite Hiatus (@santeira) June 8, 2021

Tapi biasalah Asian parents kena pandai menghafal membaca umur 4/5 tahun. Sok besor jadi doktor/peguam/engineer. Pastu masing2 mengompare pencapaian anak.

— Indefinite Hiatus (@santeira) June 8, 2021

I selit status OT ni sekali. Understanding parents these days ikut artis sampai anak consume supplements has to be stahpp pic.twitter.com/3tafZ2i0yX

— نور (@suhailee_) June 9, 2021

Apa maksud dia ‘she even more clever than baby yg same age’? Baby kot bukan ada kerja sekolah pun, baby bukan perlu daya pemikiran yang tinggi sangat pun hahahaha pelik-pelik ah.

— ipswnrmi (@imrnwspi) June 9, 2021

Mungkin baby dia lepas makan supplement terus pandai buang diapers sendiri dalam tong sampah.

— hazwani (@hzwnizz) June 10, 2021

Ajar anak makan buah & sayur lagi elok.

— Nora D (@norazuadahlan) June 9, 2021

kecik2 dah kena banding, stop normalize perbandingan anak2 ya. Boleh rosak mental and emosi anak2 ni hm

— (@karinkishika_) June 9, 2021

Kalau refer pada child development experts, or OT for child, menghafal bukan keutamaan. Banyak lagi aspek yg perlu diambil kira.Social skills, belajar bkawan/tolerate/sharing.Pengurusan diri, mandi/siapkan diri sndr, makan etc semua sendiri.Bercerita tanpa mghafal n more

— Amyz (@xzAmyxz) June 10, 2021

Damn rugi parents aku tak bagi pil ni. Kalau tak dah jadi menteri sekarang

— ben (@esenarx) June 9, 2021

yoooo kecik kecik maka supplement entah pape asalkan anak lagi pandai.. let kids be kids

— Fasha R. (@fabulousfasha) June 9, 2021

Baby kot. Organ baru start nak function. Pergi sumbat segala supplements. Kesiannya dengan organ2 dia kene kerja keras nak digest segala supplements tu. Nak digest mineral vitamin dalam makanan dan susu, pastu nak digest supplements pulakk. BODOH!

— Arifahaha (@arifahkhaili) June 10, 2021

Kat malaysia ni ada pertandingan anak sapa lagi genius ke?

— محمد صفوان (@Safwnsmt) June 10, 2021

Ibu bapa perlu sentiasa pantau tumbesaran anak-anak. Ingat, jangan terlalu pressure mereka ya! 🙂

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik: