Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Malaysia Airlines (MAS) merupakan antara salah satu syarikat penerbangan yang popular di negara kita
Setiap barangan yang diberikan kepada pelanggan di dalam pesawat mempunyai logo khas syarikat penerbangan tersebut.
Namun, baru-baru ini tular sebuah video memaparkan seorang lelaki berbangsa Cina kantoi makan menggunakan mangkuk MAS telah menarik perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
@chihowe1 Cerita pasal MALAYSIA AIRLINES #fyp #tiktok #mas original sound – Bulu Ketiak
Nenek terambil mangkuk MAS 20 tahun lepas, sekali ramai pula yang buat benda sama
Menerusi video yang dimuat naik oleh @chihowe1, kelihatan lelaki Cina itu sedang membuat sesi live di TikToknya.
Apa yang mencuri tumpuan adalah apabila dia ditegur oleh salah seorang viewersnya mengenai mangkuk yang mempunyai logo MAS.
Lebih menghiburkan lagi, dia memberitahu bahawa mangkuk tersebut telah diambil oleh neneknya semasa menaiki pesawat berkenaan 20 tahun lepas.
“Dia pergi bawa balik, kata nak buat souvenir. Aku pun rasa malu tau tak. Tapi benda dah jadi, takkan nak pulang balik,” katanya.
Lihat video sambungan itu di bawah:
@chihowe1 Sambungan cerita Malaysia Airlines #fyp #tiktok #mas original sound – Bulu Ketiak
“Patutnya MAS kena buat kedai cenderamata lah, dari kena rembat je. Baik jual boleh buat tambah duit minyak” – Warganet
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada warganet di TikTok:
Image via @chihowe1 (TikTok)
Image via @chihowe1 (TikTok)
Image via @chihowe1 (TikTok)
Image via @chihowe1 (TikTok)
Image via @chihowe1 (TikTok)
Image via @chihowe1 (TikTok)
Image via @chihowe1 (TikTok)
Image via @chihowe1 (TikTok)
Tapi memang betul, barang-barang dalam MAS semua best. Patutlah kena rembat 😛
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik