
PETALING JAYA: Naib Presiden PPBM, Mohd Rafiq Naizamohideen, bimbang kejatuhan kerajaan Perikatan Nasional di Perak pimpinan PPBM boleh berlaku di negeri lain, contohnya Johor sekiranya PPBM menarik balik sokongan kepada menteri besar negeri itu daripada Umno.
Ketika ini, Dewan Negeri Johor mempunyai 16 kerusi BN, 13 PN, dan 27 Pakatan Harapan.
“Kalau ini boleh berlaku di Perak, saya yakin perkara sama boleh berlaku di negeri lain. Contohnya, di Johor, kalau PPBM menarik balik sokongan kepada menteri besar, saya fikir senario sama boleh berlaku kerana kerajaan negeri itu juga ada majoriti kecil,” katanya.



