@putrinatashaaaaa (TikTok)
& Redaksi
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Sudah tentu, ramai yang mengimpikan pasangan idaman mereka untuk dikahwini. Namun, bukan semua orang memenuhi cita rasa kita.
Tambahan lagi, kita mula rasa tertekan bila melihat rakan-rakan sudah mula mendirikan rumah tangga dan mempunyai anak.
Baru-baru ini tular sebuah video memaparkan pesanan seorang wanita bercakap mengenai soal kahwin telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita sedang berada di dalam kereta dan memberikan satu pesanan.
Dia memberitahu perkahwinan bukanlah satu perlumbaan atau trend yang perlu diikut oleh kerana orang lain sudah mendirikan rumah tangga.
“Jangan menikah atau kahwin sebab rasa kau makin tua”
“Nikah, kahwin bila kau dah ready, jangan paksa diri kalau tak ready”, jelasnya.
Pesanannya itu ternyata mendapat persetujuan ramai yang menganggap benda sama dan boleh relate dalam hidup mereka.
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi dan padangan masing-masing mengenainya.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 868.7K views, 110.6K likes dan 3,242 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok: