Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Pemakaian skincare bukan saja terhad kepada kaum wanita, malah kaum lelaki juga boleh mengamalkannya dalam kehidupan seharian supaya muka lebih bersih.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok apabila seorang lelaki cuak kerana misainya hilang semasa buat review mask telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang lelaki sedang membuat review tentang sebuah jenama mask yang tidak diketahui.
Sedang asyik merakam cara pemakaian mask, dia dilihat ingin membersihkan mukanya dengan menanggalkan mask yang dipakai. Dia dilihat menarik mask itu dengan kuat sehinggakan misainya hilang.
Lantas, dia merasa cuak sambil riak mukanya seperti hendak menangis. Namun, dia meneruskan untuk menanggalkan masknya dengan berhati-hati tambahan lagi di bahagian kening.
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 239K tontonan, 6K tanda suka dan 300 komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur dengan lelaki itu. Malah, ramai juga yang bersimpati dengannya.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:


