@mamatgotnochill (TikTok)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Jika anda seorang pengguna TikTok pasti akan pernah mendengar mengenai trend lagu Big and Chunky bukan?
Trend ini telah viral dan mempunyai lebih 120K video yang dibuat oleh pengguna TikTok di seluruh dunia. Ia adalah di mana pengguna perlu menggerakkan kamera untuk menunjukkan kejutan di belakang mereka.
Ustaz Don Daniyal, seorang penceramah terkenal di Malaysia juga tidak terkecuali melakukan trend ini. Namun, baru-baru ini tular seorang pemuda berani menegur Ustaz Don kerana salah masuk beat telah membuatkan ramai terhibur.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video yang dimuat naik oleh @mamatgotnochill, kelihatan sebuah video di mana penceramah terkenal Ustaz Don melakukan trend Big and Chunky di TikTok.
Ustaz Don telah salah melakukan trendini, dimana sepatutnya kamera digerakkan apabila beat masuk. Namun, beliau tidak menghiraukan beat dan hanya enjoy melakukan trend tersebut.
Apa yang lebih melucukan adalah apabila seorang pemuda tidak berpuas hati dengan kesalahan itu dan bertindak untuk menegur Ustaz Don. Pemuda itu tersebut siap memberi tutorial berkenaan cara yang betul melakukan trend tersebut.
“Salah tu Ustaz Don, tapi nak buat macam mana benda dah post, views dah ramai”, ujar pemuda tersebut. Rata-rata netizen ternyata terhibur dengan kenyataan itu.
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat pemuda itu menegur Ustaz Don membuat trend TikTok.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.4M views, 116.6K likes dan 2.3K comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok: