HomeEntertainmentIsteri Terkejut Tengok Suami Pakai Tudung Buat Donut, Siap Tiru Suara Perempuan...

Isteri Terkejut Tengok Suami Pakai Tudung Buat Donut, Siap Tiru Suara Perempuan Lagi

Cover image via
@mantaroresdongs (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Oleh itu, penting untuk mereka saling menjaga dan membantu antara satu sama lain terutamanya dalam melakukan kerja-kerja rumah seperti mengemas dan memasak.

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok berkenaan seorang wanita merakam suaminya membuat donut di dapur sambil memakai tudung telah membuatkan ramai terhibur.

Lihat video penuh itu di bawah:

Menerusi video yang dikongsi oleh @mantaroresdongs, kelihatan seorang wanita yang baru nak mengintai aktiviti suaminya di dapur.

Namun, dia terkejut melihat suaminya sedang mengguli donut sambil memakai tudung dan baju kelawar. Apa yang lebih menghiburkan adalah apabila cara suaminya itu bercakap pun seperti perempuan.

Pada akhir video, suaminya itu dilihat melarikan diri dengan gaya lemah lembut kerana katanya malu dirakam oleh si isteri.

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat suami wanita itu berlakon menjadi perempuan. Malah, ada juga yang memuji kecomelannya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 659.5K views, 68.5K likes dan 2.2K comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

via GIPHY

You may be interested in:

Must Read

Related News