HomeUncategorizedIni Cara Hasilkan Aiskrim Kacang Merah Ala Aiskrim Potong Yang Legend...

Ini Cara Hasilkan Aiskrim Kacang Merah Ala Aiskrim Potong Yang Legend Di Rumah. Sebijik!

Aiskrim kacang merah Potong sememangnya menjadi kegemaran semua orang. Ingat lagi semua orang berebut untuk beli aiskrim ini…

Image via buzzkini

Jangan risau lagi, sekarang anda boleh buat di rumah sahaja! Yay, stock up banyak-banyak untuk sekeluarga… Lepas dinner boleh makan dessert bersama yang tersayang. Jom kita belajar buat aiskrim kacang merah legend ini. 

Bahan-bahan:

  • 300g kacang merah 
  • 1.5L air masak
  • 1 cawan gula
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1 satu kotak santan (kecil)
  • 1 tin susu cair
  • 3 sudu tepung pulut
  • 3 sudu tepung jagung
  • Sedikit sirap
  • Garam secukup rasa

Cara penyediaan:

1. Rendam kacang semalaman. 

2. Mula-mula, rebus kacang sehingga empuk. Lenyekkan.

Image via Siti Norazliana (Facebook)

3. Kemudian, didihkan air dan gula. Masakkan sehingga gula hancur.

4. Bancuhkan tepung pulut dan tepung jagung. Tuangkan ke dalam air gula. Kacau sehingga larut.

5. Kemudian, masukkan susu pekat, santan dan susu cair. Perasakan dengan garam.

6. Letakkan sedikit sirap sebagai pewarna. Biarkan sehingga mendidih.

7. Akhir sekali, masukkan kacang yang telah dilenyek. Kacau sehingga sebati. Tutup api.

Image via Siti Norazliana (Facebook)

8. Masukkan dalam plastik aiskrim dan bekukan. 

Yay, boleh dah Netflix and chill dengan aiskrim kacang merah!

Image via Siti Norazliana (Facebook)

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Dapatkan resepi yang sedap-sedap belaka:

Nak belajar masak? Dapatkan gajet-gajet dapur yang berguna ini:

Dapatkan tips-tips dapur ini:

Must Read

Related News