HomeEntertainment"Ini Baby Abang" - Gelagat Si Cilik Berebut Adik Perempuan Ini Curi...

“Ini Baby Abang” – Gelagat Si Cilik Berebut Adik Perempuan Ini Curi Tumpuan Ramai

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Siapa yang tidak terhibur sebaik sahaja melihat gelagat si cilik bukan?

Iyalah, kadang-kala perkara yang dilakukan si cilik luar dari kotak. Gelagat mereka itulah yang membuatkan ramai terhibur.

Sama seperti sebuah video yang tular baru-baru ini, apabila seorang budak lelaki berebut untuk mahukan adik perempuan walhal dia sudah mempunyai adik lelaki telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu dibawah:

@mommysyara

Drama berebut adik

Dj Salira Ayeuna Ayana Dimana – Midua Cinta – DJ AURA X

Suruh sepupu untuk tukar adik lelaki dengan adik perempuannya

Menerusi video yang dimuat naik oleh @mommysyara, kelihatan dia menunjukkan gelagat anak dan sepupunya berebut adik perempuan yang sedang nyenyak tidur di dalam baby cot.

Bayi perempuan itu merupakan adik kepada budak lelaki berbaju hijau. Namun, sepupunya yang berbaju merah itu bersungguh untuk mahukan adik perempuannya.

Malah, dia juga menggunakan ‘sistem barter’ supaya sepupunya menukar dengan adik lelakinya yang juga memakai baju berwarna merah.

Image via @mommysyara (TikTok)

Image via @mommysyara (TikTok)

“Sampai hati abang si baju merah tu bagi adik sendiri dekat Umar, sebab dia nak adik gegirl.” – Netizen

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen terhibur melihat telatah kedua-dua si cilik itu.

Susulan tularnya video tersebut, kini video berkenaan telah meraih sebanyak 1M views, 76K likes dan 2,158 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image via @mommysyara (TikTok)

Image via @mommysyara (TikTok)

Image via @mommysyara (TikTok)

Image via @mommysyara (TikTok)

Si adik perempuan pula, masih tidur walaupun ada perebutan 😛

Image via Tenor

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Must Read

Related News