HomeEntertainmentIni Antara 5 Jenis Makanan Korea Wajib Cuba Di CU Mart Malaysia....

Ini Antara 5 Jenis Makanan Korea Wajib Cuba Di CU Mart Malaysia. Confirm Sedap!

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Jika anda penggemar drama Korea pasti anda sudah tidak asing lagi dengan kedai serbaneka CU Mart bukan?

Kedai serbaneka ini memang selalu dipaparkan dalam drama-drama Korea yang popular. Pada tahun 2021, CU Mart telah membuka cawangan pertamanya di Kuala Lumpur. Kini, cawangannya telah banyak dikembangkan di serata Malaysia.

Dengan mempunyai pelbagai pilihan jenis makanan, kedai serbaneka ini telah menjadi antara pilihan ramai sejak ia dibuka. Memang rambang mata dibuatnya!

Jadi, buat anda yang tidak tahu nak makan apa bila pergi ke CU Mart, jangan risau. Di sini kami senaraikan lima menu popular di CU Mart untuk anda cuba. Jom tengok!

via GIPHY

1. Tteokbokki

Image via SAYS

Tteokbokki merupakan antara makanan tradisional negara Korea. Di CU Mart ini ada tiga jenis tteokbokki yang anda boleh cuba iaitu Original Spicy Tteobokki, Jjajang Tteobokki dan Rosé Tteokbokki. Yang paling popular mestilah Original Spicy Tteobokki yang mempunyai rasa manis, masam dan pedas.

2. K-Corn Sausage

Image via Four Square

Umum sedia maklum, makanan ini memang popular sehingga ada dijual di merata tempat. Tapi K-Corn Sausage atau Corndog di CU Mart ini lain daripada yang lain tau.

Ada pelbagai jenis, tapi yang paling popular merupakan Potato Cheezy Corn Sausage. Dengan kerangupan hirisan kentang diluar, ditambah pula sausage dan mozarella cheese tarik di dalamnya, memang dijamin puas makan. 

3. Ramen

Image via IOI City Mall

Ya ramen dan Korea memang tidak dapat dipisahkan. Di CU Mart mereka menjual pelbagai jenis ramen dari Korea seperti Samyang, Shin Ramyum, Neoguri dan macam-macam lagi.

Paling best, anda boleh masak sendiri ramen tersebut menggunakan mesin layan diri mereka. Boleh juga add on sausage dan juga telur rebus mengikut citarasa anda. Kalau makan sewaktu hujan memang syok.

4. Aneka Pilihan Ready To Eat Food

Image via Penang Foodie

Image via SAYS

Bagi yang selalu sibuk sehingga tidak sempat nak menikmati makan tengah hari, anda boleh cuba aneka Ready To Eat Food di CU Mart ini. Makanan yang disediakan semuanya berasaskan nasi, jadi memang akan kenyang sampai petang. 

Antaranya termasuklah Rice Bowl, Lunch Box, Gimbap dan macam-macam lagi. Tapi kalau anda nak tahu yang paling popular mestilah Spicy Stir-fried Chicken Rice, rasanya persis nasi goreng di restoran Korea Mr. Dakgalbi. 

5. Bingsu

Image via SAYS

Lepas dah makan pelbagai makanan di CU Mart ini, mesti tekak anda terasa nak sesuatu yang manis pula kan?

Jadi, anda boleh order Korean Shaved Ice atau Bingsu sebagai dessert. Ada macam-macam perisa unik termasuklah peanut butter, chocolate, sesame, mangga dan goguma (sweet potato). Terus lega dengan cuaca yang panas dekat Malaysia ni. 

Best kan makanan-makanan yang ada di CU Mart ini? Rasa macam nak pergi sekarang!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Image via Raya Havoc 2022

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

Must Read

Related News