HomeEntertainmentIni 7 Kosmetik 'Brand Lokal' Mampu Milik & Berkualiti. Make-Up Memang Tahan...

Ini 7 Kosmetik ‘Brand Lokal’ Mampu Milik & Berkualiti. Make-Up Memang Tahan Lama!

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Wanita dengan produk kosmetik memang tidak boleh dipisahkan

Ia telah menjadi rutin harian setiap wanita, sebelum keluar memang kena make up dulu. Tak kisahlah make up tebal atau nipis, ia akan boostkan mood dan keyakinan kita betul tak?

Tengah mencari kosmetik yang affordable dan tahan lama? Jom ikuti perkongsian kami kali ini tentang produk kosmetik lokal.

Image via GIPHY

1. Nita cosmetics

Image via @fitrieroslan (Instagram)

Pelbagai produk yang ditawarkan di Nita Cosmetics. Lengkap full face make-up anda! Paling best, Nita Cosmetics mempunyai wide range colour untuk foundation. Daripada kulit cerah hingga gelap, semuanya ada. Complete!

Selain daripada itu, mereka juga mempunyai lipsticks yang sangat popular. Hadir dengan pelbagai warna kegemaran anda. Very lightweight dan tahan lama tau. Banyak lagi yang mereka tawarkan antaranya brow gel, setting spray, beauty blender, eyeliner, loose powder, foundation powder, nail polish dan macam-macam.

Paling unik mereka menamakan setiap produk mengikut tema Malaysia.

Check out di sini.

2. BeauTyra

Image via @beaubossbaby (Instagram)

BeauTyra menawarkan pelbagi produk seperti blusher, lip matte, hair mist, body mist dan lain-lain. Bestseller produk mereka merupakan blusher kerana ia sangat pigmented digunakan. Pakai berjam-jam pun masih tak akan hilang.

Check out di sini.

3. Carya Cosmetics

Image via Carousell

Dikenali sebagai make-up kit paling mudah. Memang sesuai untuk beginner sebab semuanya lengkap dalam satu kit. Lagi best, ia mudah untuk dibawa ke mana-mana, dengan satu kit siap dah full face make-up. Tak perlu beratkan beg kalau travel.

Check out di sini.

4. Syedewa Cosmetics

Image via @syedewacosmetics (Instagram)

Lipstick mereka memang sangat digemari ramai. Bukan saja lightweight dan tahan lama, bau setiap lipmatte memang sangat wangi. Hadir dengan dua variasi iaitu yang saiz biasa dan mini. Yang terbaru, mereka juga mengeluarkan produk lip liner dan eyeliner.

Check out di sini.

5. Velvet Vanity

Image via @ijatisshi (Instagram)

Produk Velvet Vanity memang tidak pernah mengecewakan. Paling best, mereka baru saja melancarkan produk lip oil, produk itu membantu sesiapa yang mempunyai bibir kering. Bukan saja boleh dipakai lepas anda apply lipstick supaya ada effect glowy, malah anda juga boleh jadikan ia sebagai lip sleeping mask.

Mascara mereka juga merupakan mascara terbaik yang ada di Malaysia. Selain itu, anda juga boleh cuba sunscreen terbaru mereka.

Check out di sini.

6. Breena Beauty

Image via @breenabeauty (Instagram)

Breena Beauty menawarkan pelbagai range produk untuk seluruh muka. Foundation healthy glow memang merupakan kegemaran ramai. Yang terbaru, Lip Glow Treatment Balm mereka yang melembapkan bibir kering. Brush untuk make-up pun ada tau, barulah lengkap!

Check out di sini.

7. Kamelia Cosmetics

Image via @nurshafiqahnoor (Instagram)

Kamelia Cosmetic dikenali dengan produk foundation yang best. Selain itu, mereka juga mempunyai range make-up seperti mascara, lipsticks, beauty blender dan banyak lagi. Foundation daripada mereka boleh buatkan muka nampak glowy dan healthy.

Check out di sini.

Tunggu apa lagi? Jom sapot lokal dan tambahkan koleksi make-up anda!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Must Read

Related News