HomeEntertainmentIni 5 Bazar Deepavali Di Lembah Klang Yang Wajib Anda Pergi. Jom...

Ini 5 Bazar Deepavali Di Lembah Klang Yang Wajib Anda Pergi. Jom Shopping!

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Umum sedia maklum, tidak lama lagi seluruh penganut beragama Hindu akan menyambut hari perayaan Deepavali

Deep bermaksud cahaya manakala avali bermaksud baris. Oleh itu, perayaan ini amat sinonim dengan cahaya. Hal ini kerana menurut mereka cahaya menandakan kemenangan kebaikan atas kejahatan.

Sama seperti hari perayaan kaum lain, pastinya pelbagai persiapan yang akan dilakukan bagi meraikan hari tersebut. Bagi perayaan Deepavali pastinya rumah mereka akan dihiasi cahaya yang sinonim dengan makna perayaan tersebut.

Jadi, mesti banyak kelengkapan yang nak dibeli bukan? Jom kita tengok lima bazar yang boleh jadi pilihan untuk anda shopping keperluan raya anda!

Image via Giphy

1. Jalan Masjid India, Kuala Lumpur

Image via Planetsofhotel

Image via Gempak.com

Jalan Masjid India, Kuala Lumpur merupakan bazar popular di Malaysia. Hal ini kerana bazar ini sudah menjadi bazar wajib setiap tahun untuk meraikan hari Deepavali. Di sini, anda boleh dapatkan pelbagai barangan seperti baju, perhiasan, makanan dengan harga yang berpatutan. Selalunya di sini, akan ada sesi tawar menawar lebih-lebih lagi sehari sebelum perayaan tiba.

Lokasi: Jalan Masjid India, City Centre, 50100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

2. Little India, Brickfields

Image via Tripadvisor

Image via Pinterest

Little India di Brickfields sesuai untuk anda jika ingin pengalaman membeli-belah dengan pantas. Di sepanjang jalan, terdapat pelbagai bazar Deepavali yang menjual semua keperluan daripada makanan sehinggalah kelengkapan perhiasan rumah. Bagi mereka yang tiada kenderaan, anda tidak perlu runsing untuk ke sini. Hal ini kerana, terdapat kenderaan awam yang berdekatan di Little India, Brickfields.

Lokasi: 229, Jalan Tun Sambanthan, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

3. Little India, Jalan Tengku Kelana, Klang

Image via Dreamstime.com

Image via VisitSelangor

Little India di Klang juga merupakan salah satu tempat terkenal dan menjadi tumpuan bagi mereka yang meraikan hari Deepavali. Sesiapa yang membeli-belah di sini ketika waktu malam, pastinya anda akan terpegun! Hal ini kerana, Little India ini akan disinari cahaya yang berwarna-warni. Anda bukan setakat membeli-belah tetapi anda juga boleh menikmati pemandangan indah di Little India, Klang.

Lokasi: Little India, No.28-A, 1st Floor, Jalan Tengku Kelana, Kawasan 1, 41000 Klang, Selangor

4. Open Car Park B, National Sports Complex, Bukit Jalil

Image via MalaysiaEvents (Facebook)

Image via MalaysiaEvents (Facebook)

Setiap kali perayaan, pasti ramai penganjur yang akan berpusu-pusu mengadakan karnival bagi perayaan tersebut bukan? Sama seperti peganjur Agenda Suria ini yang mengadakan karnival terbesar di Malaysia bagi menyambut Hari Deepavali. Karnival ini diadakan di Open Car Park B, National Complex, Bukit Jalil. Pelbagai booth pakaian, makanan dan sebagainya yang ada di sini.

Lokasi : Bukit Jalil Car Park B, Stadium Nasional Bukit Jalil,Petaling Jaya, Malaysia, Kuala Lumpur, Malaysia

5. Nu Sentral Car Park, Brickfields

@reysheats Best time to try Indian Sweets is now ! #deepavali2022 #pestadeepavali #brickfields #deepavali #indiansweet original sound – BOLLYMUSICO

@nantiini11 *COME AND JOIN US AT PESTA DEEPAVALI BRICKFIELDS 2022!* The expo would be located at OPEN CAR PARK NU SENTRAL. Come and get your HENNA from NHEENA MANDALAS BOOTH.Level up your diwali ootd game with @nheena_mandalas this year. See you there#deepavali2022 #pestadeepavali2022 #henna #nheenamandalas #desigirl #fypviral #viraltiktok #dpganaanetwork @dpganaanetwork original sound – V N J R

Nu Sentral Open Car Park, Brickfields juga pada setiap tahun akan mengadakan Pesta Deepavali. Malah, uniknya pada tahun 2022, pesta ini akan diadakan selama 32jam tanpa henti pada 22-23 Oktober 2022. Oleh itu, bagi sesiapa yang inginkan tawaran harga yang murah, menarik dan berpatutan anda boleh singgah di Pesta Deepavali pada hari yang telah ditetapkan.

Lokasi: NU Sentral Open Car Park, Brickfields

Wah seronoknya, tahun ini bolehlah sambut Deepavali dengan meriah keluarga tersayang. Semoga bermanfaat! 😀

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Must Read

Related News