HomeEntertainmentHasil Pertolongan Kawan Promote Di Twitter, Gadis Ini Jumpa Jodoh 3 Bulan...

Hasil Pertolongan Kawan Promote Di Twitter, Gadis Ini Jumpa Jodoh 3 Bulan Terus Tunang

Cover image via
@kyrahhh20 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Bila bercakap soal jodoh, ia boleh datang melalui pelbagai cara. Sememangnya, rahsia jodoh setiap manusia itu mempunyai kisah yang sangat indah dan bermakna bukan?

Sama juga seperti kisah seorang gadis ini yang bertemu dengan jodoh hasil daripada pertolongan kawannya di Twitter telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@kyrahhh20

Thank you @notyourdyn hasil TwtJodohMy i dapat kenal dengan tunang i ##tunangan2021 ##bestfriend ##isaidyes ##myman

Kamu Yang Kutunggu – Rossa

Menerusi video yang dimuat naik oleh @kyrahhh20, kelihatan dia berkongsi kisah bagaimana dia bertemu jodoh dengan tunangnya yang dikatakan hanya berkenalan selama tiga bulan saja.

Kawan gadis itu sengaja ‘mempromosikan’ dirinya yang sedang mencari jodoh di laman Twitter @TwtJodohMY beberapa bulan sebelum itu.

Selain meletakkan beberapa keping gambarnya, kawan gadis tersebut juga sempat memberitahu bakat serta keistimewaannya di dalam tweet berkenaan.

Berkat pertolongan kawannya, gadis itu akhirnya terpaut dengan seorang jejaka. Dari perkenalan hanya tiga bulan, mereka telah mengikat tali pertunangan baru-baru ini.

Susulan tularnya video itu yang kini sudah mendapat 163.4K views, 16.1K likes dan 1K shares di TikTok, rata-rata netizen turut mengucapkan tahniah buat gadis tersebut di atas pertunangannya.

Tidak kurang juga, ada yang meminta kawan mereka untuk membuat perkara sama seperti kawan gadis berkenaan sekiranya mereka belum berjumpa jodoh nanti.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

More stories to read:

Must Read

Related News