HomeEntertainment"Harga Kayangan" - Peniaga Dituduh Jual Kuih Mahal, Ramai Back Up Sebab...

“Harga Kayangan” – Peniaga Dituduh Jual Kuih Mahal, Ramai Back Up Sebab Kos Bahan Dah Naik

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Setiap peniaga sudah tentu banyak menghadapi cabaran dalam menjayakan sebuah perniagaan

Dalam tempoh berniaga, ada juga pelanggan yang memberikan cemuhan dan rasa tidak puas hati disebabkan harga yang diletakkan.

Sama seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila seorang peniaga terpaksa memberi penjelasan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia (KPDNHEP) disebabkan tuduhan menjual makanan yang mahal telah mencuri tumpuan.

Lihat video penuh itu di bawah:

@baitunclassicmy

Drama di sebalik Talam Keladi Berlauk Kami akui harga kami sedikit mahal, tetapi demi menghasilkan kuih premium, kami menggunakan bahan2 yang juga mahal. Kami menggunakan udang kering grade A, kami juga menggunakan keladi dan santan ori tanpa menggunakan tepung. Demi menghasilkan homemade sauce ini, kami terpaksa membeli bahan di Jaya Grocer. Ya, kami tak jumpa lagi Taucu berkualiti tinggi di kedai supermarket biasa. Bawang goreng kami juga bukan bawang goreng tepung. . Bukan senang sebenarnya nak buktikan yang kuih melayu mampu setanding dengan desserts dari luar negara sebab kita sudah terbiasa dengan harga tidak boleh lebih dari RM3. Namun, pengalaman ini membuat saya lebih berhati- hati dengan harga. Kami berputus untuk kecilkan lagi size supaya harga lebih menjadi mampu milik untuk semua orang. . Dengan harga yang sudah terpapar, marilah kita semua menjadi pembeli yang bijak. #baitunclassic #talamkeladiberlauk

original sound – Baitun Classic – Baitun Classic

Pembeli laporkan kepada KPDNHEP kerana peniaga jual kuih talam keladi berlauk harga RM10

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang wanita sedang berada di pejabat KPDNHEP untuk memberi keterangan lanjut tentang tuduhan harga makanan yang mahal.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila ada pelanggan yang menuduh dia jual kuih talam keladi yang terlalu mahal. Difahamkan, kuih talam yang dijual berharga RM10.

Pada akhir video, dia dilihat menunjukkan bahan masakan dan harga setiap bahan untuk membuat kuih talam keladi itu. Ramai yang menyokongnya kerana bahan mentah sekarang bukanlah murah.

Image via @baitunclassicmy (TikTok)

“Saya menjual kuih, saya rasa memang patut pun harga tu, dengan santan keladi lauknya lagi, tenaga, gas, bahan mentah yang mahal” – Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 430K tontonan, 9K tanda suka dan 1K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pandangan mereka masing-masing.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image via @baitunclassicmy (TikTok)

Image via @baitunclassicmy (TikTok)

Image via @baitunclassicmy (TikTok)

Image via @baitunclassicmy (TikTok)

Tak nafikan memang bahan mentah sekarang semua mahal. Kalau rasa tak mampu beli, lebih baik diam dan jangan tutup periuk nasi orang.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Must Read

Related News