Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Baru-baru ini tular di media sosial tentang penemuan seorang lelaki yang membuat upacara sihir di dalam rumahnya
Dipercayai jiran blok depan rumahnya mendapati rumah lelaki yang berumur 23 tahun itu sentiasa berapi pada setiap malam. Disebabkan itu, jirannya bertindak memanggil polis dan bomba untuk kepastian dan keselamatan penduduk di blok itu.
Segalanya terbongkar apabila polis dan bomba masuk ke rumahnya itu. Diyakini lelaki itu membuat upacara sihir pemisah setiap malam di rumahnya. Apa yang lebih mengejutkan lagi adalah sihir itu dihantar hanya menggunakan Poslaju.
Lihat posting penuh di bawah:
Gila babi, umur baru 23 tahun dah jadi tukang sihir. Siap hantar guna Pos Laju.Entah berapa ramai lah pasangan yang dah kena sihir dengan si babi ni. pic.twitter.com/sXmkIq3v5c
— Amranzenica (@_AmranFans) June 26, 2021
Buat upacara sihir dalam rumah lalu poskan kepada mangsa
Bukan setakat upacara yang dijumpai, malah gambar-gambar pasangan juga dicetak untuk dibuat sihir pemisah. Tempat kejadian juga kelihatan penuh dengan darah.
Image via @_AmranFans (Twitter)
Image via @_AmranFans (Twitter)
Image via @_AmranFans (Twitter)
Image via @_AmranFans (Twitter)
Image via @_AmranFans (Twitter)
Difahamkan kes ini sedang disiasat oleh pihak berautoriti dengan lebih lanjut
Dalam pada itu, timbul tanda tanya daripada netizen berkenaan hukuman yang akan disabitkan untuk jenayah sihir di Malaysia.
Seorang peguam syariah menjelaskan bahawa akta atau enakmen jenayah sihir masih belum ada lagi di Malaysia. Perkara ini disebabkan tiada pihak autoriti yang boleh sahkan sihir itu berlaku selain perawat Islam.
Lihat posting penuh itu di bawah:
Setakat amalan sbg pengamal Undang² sehingga ke hari ni masih belum ada akta/enakmen jenayah sihir lagi.Sebab nak mengesahkan si pelaku tu sebagai pihak terlibat dalam isu sihir ni berat dan kita takde pihak berautoriti yang boleh sahkan sihir tu berlaku selain perawat Islam, https://t.co/ePsycDZ4RN
— ~Muhammad Syarafi~ (@RafiCounsel) June 26, 2021
“Darah apa terpercik sana sini tu ? Darah manusia ke” – Netizen
Hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terkejut dengan penemuan tersebut. Malah, ramai yang tidak percaya lelaki semuda itu mengamalkan sihir.
Ketika artikel ini ditulis, posting berkenaan telah mendapat 32K retweets, 20K likes dan 1K comments di Twitter.
Berikut di bawah merupakan antara komen daripada netizen di Twitter:
silaka aku umur 23 masih lagi noob nak pos brg . kau umur 23 pakai pos laju kirim santau
— kaa (@kaarosli) June 26, 2021
Patutnya suruh dia santau je Zio.nis. Nak test jugak power tak jampi serapah dia
— Fairuz Sheikh Abdullah (@fairuz_sheikh) June 26, 2021
Masa kecik-kecik dlu, aku prnh tgk movie adaptasi drpd kisah betul tentang infamous dukun di indonesia yg bunuh lbh 40 org wanita & minum air liur mereka sbb dia percaya benda tu blh kuatkan ilmu dia. Guess what, dukun tu belajar ilmu sihir sejak berusia 12 thn.
— qie (@qiechan516) June 26, 2021
I tengok tweet ni nak muntah sbb pernah kena sihir .Kena sihir ni sakit tau
— Takaful Advisor (@amanmhamn) June 26, 2021
sbg seorang yg pernah di sihir mcam aku….pandang muka dia rasa nk pijak sgt….dia bomoh org dia dpat dlam lbih kurang rm200-rm1000 je org yg nk berubat keluar cost berpuluh ribu….sampai rasa nk baling duit kt muka bomoh tu amek balik jin ko hanat aku bole bayar ko lebih
— ρⅈρ᥇ⅈ (@pilofobhia) June 26, 2021
weh betul do. Mak aku ‘ter’kena santau angin yg sepatutnya dibuat untuk abah aku. Weh habis weh, barang kemas digadai sbb nk berubat sampai jadi miskin la dulu. Dengan kesan selepas rawatan, dh ok pon still ada kesan dia tu. Sampai sekarang mak aku batuk penat mcm org nazak.
— ismi (@Ismisudahla3) June 26, 2021
So creepy! Muda sgt ni… And nampak mcm ramai customer dia.. Rakyat Malaysia ni mmg ramai suka pakai sihir ke?
— Wawa (@misswowwa) June 26, 2021
Saya mempunyai pengalaman tentang sihir dan kesannya pada seseorang. Sebelum ini banyak pesakit telah saya rawat bersama rakan mengikut perawatan Islam.Semoga dijauhkan dengan perbuatan syirik ini.
— Xavier Naxa (@XavierNaxa) June 26, 2021
Scary nya . Macam mana kalau dia sihir jiran depan rumah yang report + polis + bomba semua tu pulak? Nauzubillahi min zalik. Ya Allah jauhkanlah aku dengan keluargaku daripada benda2 macam ni
— Wan Suhailah Wan Abdul Razak (@one_suhailah) June 26, 2021
Ayo tgk ic islam tu yg malu kalau bukan islam lantak situlah sebab kita tak tau peraturan agama diorang but ni Islam terang lagi bersuluh perbuatan syirik.Baguslah tu nok VVIP tiket kau dpt kat neraka nanti,cepatlah bertaubat hari hari supaya Allah terima.Mati esk sakit nok
— Skyhye (@skyhype03) June 26, 2021
LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!
Image via SAYS Seismik


