HomeEntertainmentGelagat 'Mak-Mak' Struggle Nak Rakam Video Sendiri & Flip Guna Camera Belakang....

Gelagat ‘Mak-Mak’ Struggle Nak Rakam Video Sendiri & Flip Guna Camera Belakang. Comel!

Cover image via

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Bagi golongan remaja, ia tidak menjadi masalah kerana mereka cepat belajar dan tahu tentang gajet-gajet canggih ini.

Namun, tidak bagi golongan berumur seperti ibu bapa serta atuk nenek kita. Mereka perlu diajar untuk menggunakan telefon pintar tambahan pula dengan features sekarang yang mempunyai pelbagai fungsi. Antaranya adalah penggunaan kamera belakang.

Seperti sebuah video di TikTok ini yang memaparkan gelagat dua orang mak cik yang tidak tahu untuk flip kamera belakang telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@lindaaliass

Situasi mama and makdak struggle nak flip video guna camera belakang failed

Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod

Menerusi perkongsian video daripada @lindaaliass dengan kapsyen “situasi mama and makdak struggle nak flip video guna camera belakang failed,” kelihatan ibu dan mak ciknya itu sedang berada di dalam kereta untuk menuju ke sebuah destinasi.

Namun, apa yang menarik perhatian adalah apabila mereka ingin merakam video menggunakan kamera belakang di telefon tetapi tidak tahu bagaimana untuk melakukannya.

Lebih melucukan lagi, setelah beberapa kali mencuba mereka masih tidak berjaya flip kan kamera itu ke belakang dan akhirnya dua-dua mengaku tidak reti untuk menggunakannya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 245.6K views, 35.4K likes serta 765 shares di TikTok.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat dua orang mak cik tersebut. Malah, ramai yang mengatakan perangai ibu mereka juga seperti itu.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

You may be interested in:

Must Read

Related News