HomeEntertainmentGelagat Budak Perempuan Nyanyi Lagu 'Kelentang Kelentong' Buat Netizen Geram. Comel Gila!

Gelagat Budak Perempuan Nyanyi Lagu ‘Kelentang Kelentong’ Buat Netizen Geram. Comel Gila!

Cover image via
@malinhishamuddin (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Rentak lagu yang rancak juga dapat menarik minat mereka untuk mengulangi lagu sama hampir setiap hari.

Kadangkala, mereka lagi tahu apa lagu terbaru berbanding kita yang dah dewasa ini. Seperti sebuah video yang tular ini memaparkan seorang budak perempuan menyanyi lagu ‘Kelentang Kelentong’ telah membuatkan ramai geram.

Lihat video penuh itu di bawah:

Menerusi perkongsian video daripada @malinhishamuddin, kelihatan anak perempuannya itu sedang mendengar lagu Kelentang Kelentong nyanyian penyanyi popular Hael Husaini.

Budak comel itu yang dilihat sakan menyanyi lagu tersebut bersama ayahnya sambil menganggukkan kepala telah membuatkan si ibu geram.

Malah, dia siap menghafal lirik chorus lagu itu dan pandai mengikut melodi tanpa ada salah sedikit pun. Si kecil itu sempat tersengih semasa sedang menyanyi.

Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah meraih 1.1M tontonan, 167K tanda suka serta 3.8K perkongsian di laman TikTok, rata-rata netizen turut terhibur dan geram melihat kecomelan budak perempuan itu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

via GIPHY

More stories to read:

Must Read

Related News