HomeEntertainmentGelagat Anak Pecahkan Telur Dekat Dapur, Ibu Pula Tak Sangka Dengar Jawapan...

Gelagat Anak Pecahkan Telur Dekat Dapur, Ibu Pula Tak Sangka Dengar Jawapan Di Akhir Video

Cover image via
@cikalexandria (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Tambahan pula jika mereka sedang meningkat besar dan ingin mencuba pelbagai perkara baru, ibu bapa haruslah bertenang melihat perangai si anak yang sering menduga kesabaran.

Rumah bersepah sudah menjadi perkara biasa. Kadangkala mereka bermain bedak, menyepahkan tepung di dapur, dan menyelerakkan mainan tanpa mengira waktu.

Namun, lain pula yang berlaku dalam video ini apabila seorang wanita memarahi anaknya kerana memecahkan telur di dapur telah mendapat perhatian warganet.

Lihat video penuh itu di bawah:

@cikalexandria

Anak bertuah ni. Nak tolong ibu masak

Oh no, oh no, oh no, no no – Hip Hop

Menerusi video yang dimuat naik oleh @cikalexandria, kelihatan dia menerjah anaknya yang memecahkan telur di dapur secara senyap-senyap.

Dia kemudiannya memarahi si anak dengan mengeluarkan ayat power mak-mak iaitu “amboi dia!” dengan nada yang tinggi dan panjang. Perkara tersebut ternyata membuatkan anaknya menangis.

Namun dia terkejut apabila bertanya “ni siapa nak kemas ni?”, anaknya itu pantas berhenti menangis dan spontan menunjukkan jari ke arahnya.

“Anak bertuah ni. Nak tolong ibu masak,” katanya di kapsyen video tersebut.

Susulan tularnya video berkenaan yang kini sudah meraih 218.3K tontonan, 14.6K tanda suka serta 522 perkongsian di laman TikTok, rata-rata warganet turut terhibur melihat telatah si kecil itu.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

via GIPHY

More stories to read:

Must Read

Related News