@dannyrazali (TikTok)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Bak kata orang, kalau makan pedas-pedas baru ‘kick’. Kalau tak selitkan cili padi dalam masakan, memang tak sah.
Namun begitu, masih ramai sebenarnya di luar sana yang tidak makan makanan pedas atas sebab-sebab tertentu seperti gastrik dan perut sensitif.
Lain pula dengan video yang dikongsi oleh seorang lelaki ini apabila dia ingin makan sambal sotong tetapi membasuhnya terlebih dahulu telah menarik perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video yang dimuat naik oleh @dannyrazali, kelihatan dia sedang menikmati juadah nasi lemak sambal sotong.
Menurut lelaki itu, dia memang dari dulu tidak boleh makan pedas kerana mengalami masalah gastrik. Tetapi, disebabkan dia nak juga makan sambal sotong itu, dia terpaksa membasuh lauk itu terlebih dahulu sebelum makan.
Dia dilihat merendam sotong ke dalam sebuah mangkuk berisi air kosong sebelum menjamah dengan nasi lemak di depannya.
Susulan tularnya video tersebut yang kini sudah mendapat 327.6K tontonan, 9.5K tanda suka serta 286 perkongsian di TikTok, rata-rata warganet turut memberikan reaksi masing-masing mengenainya.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok: