HomeEntertainmentGara-Gara Nak Elak Trafik Sesak, Pengguna Waze Ini Dibawa Ke Arah Jalan...

Gara-Gara Nak Elak Trafik Sesak, Pengguna Waze Ini Dibawa Ke Arah Jalan Penuh Semak Samun

Cover image via
@pudyenn93 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Dengan kewujudan teknologi seperti aplikasi navigasi, semua orang boleh ketahui keadaan semasa di jalan raya dan aplikasi tersebut juga bisa membantu kita mencari jalan alternatif bagi mengelak trafik sesak.

Tular satu video baru-baru ini, berkenaan seorang pengguna aplikasi navigasi Waze melalui kawasan semak samun telah meraih perhatian.

Lihat video penuh itu di bawah:

Menerusi video yang dimuat naik oleh @pusyenn93 di TikTok, kelihatan seorang pengguna aplikasi navigasi Waze sedang dalam perjalanan ke destinasi yang tidak diketahui.

Apa yang mengejutkan netizen adalah apabila kereta yang dipandu itu melalui kawasan semak samun akibat mengikut navigasi yang diberikan oleh aplikasi tersebut.

Lebih mengejutkan adalah apabila ‘jalan dalam’ tersebut dihalang oleh pagar dan jalan raya yang dikatakan sesak itu sebenarnya tidak sesak. Memang suatu tragedi!

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen menunjukkan pelbagai reaksi terhadap kejadian tersebut.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 1.3M views, 77.2K likes dan 3.2K comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di Tiktok:

via GIPHY

More stories to read:

Must Read

Related News