HomeEntertainment"Function" - Abang foodpanda Tolong Buat Persiapan Raya Last Minute Ini Curi...

“Function” – Abang foodpanda Tolong Buat Persiapan Raya Last Minute Ini Curi Tumpuan

Cover image via
@rohhhhh20 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Mereka ini terpaksa menempuh panas dan hujan setiap hari demi mencari sesuap nasi. Walaupun berdepan pelbagai cabaran, mereka tetap akan sedia membantu jika ada orang dalam kesusahan.

Baru-baru ini, tular seorang abang foodpanda membantu sebuah keluarga membuat persiapan gara-gara raya last minute tahun ini telah meraih perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@rohhhhh20 Bila last minit prepare raya #fyp #foodpanda Raya Raya Raya – DOLLA

Menerusi video yang dimuat naik oleh @rohhhhh20, kelihatan sebuah keluarga sedang membuat persiapan hari raya di hadapan rumah mereka.

Namun, apa yang telah mencuri tumpuan ramai adalah apabila seorang abang foodpanda juga turut serta di situ membantu mereka membuat lemang.

Pemilik video tersebut sempat berseloroh di ruangan kapsyen bahawa inilah jadinya bila last minute membuat persiapan raya.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat situasi abang foodpanda membantu membuat persiapan raya tersebut.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 438.1K views, 59.7K likes dan 259 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

via GIPHY

You may be interested in:

Must Read

Related News