HomeEntertainment"Entahlah Dik" - Cikgu Memandu Rakam Pelajar Buat Ujian Naik Bukit Ini...

“Entahlah Dik” – Cikgu Memandu Rakam Pelajar Buat Ujian Naik Bukit Ini Undang Tawa Ramai

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sebelum mendapat lesen, kita perlulah belajar memandu dengan cikgu pelatih terlebih dahulu supaya lulus ujian Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)

Antara ujian dalam litar yang perlu diambil oleh setiap orang adalah mendaki dan menurun bukit, parking sisi, parking 3 penjuru, selekoh S dan selekoh Z.

Setiap kali mengambil ujian-ujian tersebut, pasti kita akan rasa berdebar dan ada saja ragam pelajar lain yang mencuit hati bukan?

Seperti sebuah video ini apabila seorang cikgu memandu merakam gelagat salah seorang pelajarnya yang sedang membuat ujian naik bukit telah mengundang tawa ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@appypyna die ade 2 perangai.. 1 makin belaja makin cemerlang 2 makin belaja makin entahlerr #fypforyoupage original sound – appy pina

Tiga kali failed buat ujian naik bukit, pelajar siap langgar tiang

Menerusi video yang dimuat naik oleh @appypyna, kelihatan cikgu itu sedang memantau pelajarnya yang membuat ujian menaiki bukit.

Apa yang mencuri perhatian adalah apabila pelajar tersebut tidak berjaya melepasi ujian tersebut walaupun sudah tiga kali mencuba.

Kali pertama, dia tidak mencecah garisan kuning. Kali kedua terlebih garisan pula. Lebih melucukan lagi, dia terlanggar tiang dan siap mengangkat tangan semasa percubaan kali ketiganya.

Image via @appypyna (TikTok)

Image via @appypyna (TikTok)

“Untung pakai Axia sekarang. Kitorang dulu pakai Kancil dah nak monopos dia bagi haha” – Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mencecah sehingga 2M tontonan, 151.9K tanda suka serta 9.6K perkongsian di laman Tiktok.

Rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat cikgu memandu itu yang berleter tetapi masih sabar dengan kerenah pelajarnya.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image via @appypyna (TikTok)

Image via @appypyna (TikTok)

Image via @appypyna (TikTok)

Image via @appypyna (TikTok)

Image via @appypyna (TikTok)

Image via @appypyna (TikTok)

Image via @appypyna (TikTok)

Image via @appypyna (TikTok)

Image via @appypyna (TikTok)

Image via @appypyna (TikTok)

Terhibur kalau dapat cikgu kelakar macam ni 😀

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Must Read

Related News