Kita disarankan untuk memperbanyakan membuat amal ibadah sepanjang bulan Ramadan
Ini kerana istimewanya bulan Ramadan ialah terdapat ganjaran pahala yang berlipat kali ganda serta keampunan Allah SWT yang terbuka luas, menjadikan bulan tersebut dinanti-nantikan umat Islam di seluruh dunia.
Dalam hadis riwayat Muslim, Rasulullah SAW bersabda, “Apabila Ramadan tiba, pintu syurga dibuka, pintu neraka ditutup dan syaitan pun dibelenggu.”
Oleh yang demikian, sangat rugi sekiranya ada yang tidak berusaha untuk merebut peluang terbuka dengan melipatgandakan dan mempelbagaikan bentuk amalan setiap kali bulan Ramadan.
Walau bagaimanapun, membuat kebaikan janganlah terhenti sebaik selesai bulan Ramadan tetapi wajar diteruskan sepanjang masa
Bahkan, pada bulan Syawal ini sahaja, terdapat beberapa insan berhati mulia yang telah memulakan kempen #DuitRayaMovement yang mana kempen itersebut bertujuan untuk menyebarkan kebaikan dengan memberi duit raya kepada mereka yang penat bekerja lebih-lebih lagi pada musim perayaan ini.
Semuanya bermula daripada pengguna Twitter @amin_jamean yang berkongsikan satu video berdurasi 10 saat memaparkan dia menghulurkan sampul duit Raya kepada seorang barista di sebuah kedai kopi terkenal.
Dalam video itu, jelas menunjukkan keseronokan barista tersebut selepas menerima sampul itu. Menurut Amin lagi, dia turut menghulurkan duit raya kepada pekerja tol serta ‘pak guard‘ yang ditemuinya.
Sebarkan kebaikan, sesi beri duit raya pada pekerja tol, pak guard & barista bermulaaa pic.twitter.com/2hTMkLmoIE
— AminJamean (@amin_jamean) June 7, 2019
Bukan setakat duit Raya, malahan Amin turut memberi kuih Raya dalam kempen yang dimulakannya itu. Pemuda itu turut menggalakkan orang ramai untuk membuat perkara yang sama sambil menggunakan hashtag #DuitRayaMovement.
Sebarkan kebaikan, ukirkan senyuman! if you have photo or video blh hashtag #DuitRayaMovement pic.twitter.com/BBZosx8LWP
— AminJamean (@amin_jamean) June 9, 2019
Siapa sangka, kempen ini telah menjadi ikutan ramai!
Perasaan seronok menjadi berlipat ganda tatkala kegembiraan menyambut bulan Syawal ini dikongsi bersama orang ramai.
Rata-rata netizen berkongsikan cerita masing-masing, baik dalam bentuk tulisan, malah ada juga dalam bentuk video.
Ada satu customer datang waktu maghrib raya pertama, dia tanya “Bila nak balik?”, aku jawab “Lambat lagi closing,bang”. Dia ucap “Selamat Hari Raya”,hulur rm10, ambik air dia pastu balik terus. Aku harap customer tu jumpa tweet ni sebab aku tak sempat nak cakap terima kasih :’)
— sey (@amryasier) June 7, 2019
Kadang ada customer suruh amik je baki duit dia sebagai duit raya pic.twitter.com/rRs2Kj3Btr
— M e d i n a (@NinaBalqs) June 8, 2019
My turn.Tadi ada 1fmaly dtg mkn tetiba ank dia meragam pnt blk dari kg katanya nangis tkbenti kesian plak tgk saje blnje 1scop ice cream terus benti nangis pasto time nak baya parents dia bg duit raya allahuakbar bape sen sangatlah 1scop ice cream tu dari yg dia bg ni pic.twitter.com/MKZmp2PIZh
— meeraa (@miera03__) June 8, 2019
First raya harituu at petron pagoh Sharing is caring pic.twitter.com/sjFSMA6IQe
— JULIA (@julesbatrisyia) June 9, 2019
Harituhhhhh aku pun dapat! sampai sekarang simpannn tak guna. appreciate sangat! Hahahahahhaha pic.twitter.com/mR3JAax3L5
— Jstsmile (@FaridAmil) June 9, 2019
— (@fiimatthews_) June 7, 2019
Spread kindness and happiness! selamat hari raya! pic.twitter.com/2psXqxJGJN
— (@mazliyanaa) June 8, 2019
Trend macam inilah yang harus dijadikan ikutan ramai.
Spread kindness and positivity, tau!



