HomeEntertainment"Dia Ajak Battle Tu" - Aksi Budak Menari Belakang Wartawan Buat Liputan...

“Dia Ajak Battle Tu” – Aksi Budak Menari Belakang Wartawan Buat Liputan Ini Menghiburkan

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seperti yang kita tahu, kerja sebagai seorang wartawan memang banyak cabaran dan dugaannya

Antaranya, mereka perlu membuat liputan secara langsung walau dalam apa jua keadaan bagi menyampaikan berita kepada kita.

Malah, ada yang sampai berpanas dan hujan demi menyampaikan informasi tersebut. Namun, ada juga momen yang kelakar perlu dihadapi oleh sesetengah wartawan.

Seperti video yang tular di TikTok ini apabila gelagat seorang budak perempuan yang sempat berjoget ketika seorang wartawan sedang membuat liputan telah mengundang tawa ramai.

Lihat video itu di bawah:

Asal kau bahagia la dek . sikok itu kita bahagi dua sama rata! #MalaysiaMemilih Follow Tiktok @501Awani untuk klip-klip begini (yang bikin gue pusing kepala) pic.twitter.com/vIPg7DgNQW

— Firdaus Azil (@FirdausAzil) November 6, 2022

Buat hal selamba menari masa wartawan tengah live

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wartawan sedang membuat liputan secara langsung di sebuah kawasan air terjun.

Namun, apa yang lebih mencuit hati adalah sedang sibuk dia membuat liputan, tiba-tiba datang seorang budak perempuan menari di belakang kamera.

Malah, gaya tariannya ternyata menghiburkan sehingga disunting oleh admin akaun tersebut.

Image via @FirdausAzil (Twitter)

“Hahahah. Terhibur. Siapa lah yang bagi arahan belakang tu” – Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat budak itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 128.6K views, 1,790 retweets dan 2,858 likes di Twitter.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di Twitter:

Dia ajak battle tu. kaih pidot selaku ahli kanan budak shuffle

— Afiezy Azaman_AWANI (@AfiezyAzaman) November 7, 2022

Sempat lagi tue interframe

— pija (@pijaaI4) November 6, 2022

Alamak macam mana tu? Abang boleh maintain steady eh.

— DakMorza (@mughina23) November 6, 2022

Siapa admin tiktok Astro Awani erk? Makin menjadi-jadi dah ya, penatlah aku dok gelak je

— Farhan Aiman (@Farhxn07) November 6, 2022

tengah mandi sungai sekali kena cross ke cane ek?

— Syakirah Zulkifly (@SykrhZlkfly) November 6, 2022

Dikkk. HAHAHAHAaduhlah dik oiii. Tunggulah awak besar sikit dik. Tungguuuu tunggguuuu. HAHAHA

— Farah (@aikoFarah) November 6, 2022

Kita tunggu 10 tahun lagi…hahahahahah..kemunculan adik ni kt tiktok..dahulu vs skarang

— zachx (@kkkcaz) November 6, 2022

Hahahah. Terhibur. Siapa la yang bagi arahan belakang tu

— Shah (@m_shah8817) November 6, 2022

10 kali aku ulang tengok

— selalu kena tipu (@azidasabri98) November 7, 2022

Macam-macam hal ya dik, dah besar nanti tengok balik mesti rasa kelakar 😛

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Must Read

Related News