“Dengan Satu Klik, Lesap Semua Duit” – Wanita Ini Kongsi Pengalamannya Kena Scam

0
294

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Perkataan ‘scammers’ sudah tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia

Terlalu banyak kes penipuan yang berlaku dan ia masih berleluasa sehingga kini. Pelbagai cara penipuan dilakukan terutamanya melalui transaksi online banking. 

Sama seperti bebenang yang tular baru-baru ini di Twitter berkenaan seorang wanita telah ditipu duitnya melalui transaksi wang dalam talian. Dia berkongsi pengalamannya melalui ciapan di Twitter

Lihat posting penuh itu di bawah: 

assalam, nak bgtau. lebih kepada pesan sebenarnya. tolong sematkan dalam ingatan korang yang TAC code ni hanya bila kau buat transaction dan ubah setting online banking acc sahaja (certain bank cth Maybank2u). -ini adalah bebenang-

— Nuha Kaya 2022 (@_nuhailyaaa) April 28, 2021

Scam melalui SMS yang diberikan untuk disahkan dalam bank akaun masing-masing

Menerusi posting tersebut, wanita itu diberikan link melalui pesanan ringkas SMS oleh pihak scammers yang dipercayai pihak bank untuk disahkan melalui online banking pada pukul 12 malam. 

Pesanan ringkas itu menyatakan bahawa ada pihak yang sedang mengakses bank akaunnya. Wanita itu panik dan tanpa menyedari itu pihak scammers, wanita terbabit menekan link yang diberikan.

Kemudian, pautan tersebut telah membawanya ke laman bank yang sama seperti laman web bank yang sebenar. Teknik scam ini dikenali sebagai phising scam yang memerlukan pengguna untuk masukkan detail bank dan TAC code. 

Sebaik saja anda memasuki TAC Code, duit yang anda miliki dalam bank akan lesap begitu saja. 

1- kau akan terima satu SMS mengatakan ada orang lain access account bank kau. nampak tak dia create panic kat situ. pukul 12 malam, ada orang access account kau. kau tak rasa takut? kurang ajar. dah scam aku semalam, harini dapat lagi SMS sama. pic.twitter.com/O7wILi8lHB

— Nuha Kaya 2022 (@_nuhailyaaa) April 28, 2021

2- kalau kau tekan link tu, akan keluar satu website ni sebiji cam cimb click (aku kena kat cimb click). aku mati mati ingat kena update account aku.nampak legit kan? tapi sebenarnya ni phishing website. this whole scam crime use a phishing technique. pic.twitter.com/1YAjSBdd1z

— Nuha Kaya 2022 (@_nuhailyaaa) April 28, 2021

kau tengok sejam lepas tu, duit korang akan lesap macam angin lalu je. berapa duit kau ada dalam acc? 2k? 2k tu dia akan lesap. no mercy.

— Nuha Kaya 2022 (@_nuhailyaaa) April 28, 2021

so guys. tolong jangan jadi macam aku, educate kawan korang family korang semua pasal scam ni. kalau tak kena lagi jangan bagi terkena. sakit hati weh Allah jelah yang tau.

— Nuha Kaya 2022 (@_nuhailyaaa) April 28, 2021

kalau korang terkena? jangan duduk diam boss. call je bank korang, selalunya operate 24 hours. operator akan assist korang. bertenang. kalau sempat simpan bukti, simpan. screenshot. jadikan bahan bukti kalau kalau si lahanat scammer tu kena tangkap. senang bukti dah ada.

— Nuha Kaya 2022 (@_nuhailyaaa) April 28, 2021

kalau helpline bank tak available 24 hours, jangan duduk diam. terus pergi balai. buat report. jangan duduk diam, menangis. takkan membantu. tapi tolong esoknya tu report jugak kat bank.

— Nuha Kaya 2022 (@_nuhailyaaa) April 28, 2021

kenapa kena report kat bank? 1- untuk freeze account korang untuk mudahkan kerja pihak bank dan polis untuk buat siasatan lanjut.2- untuk block orang yang lahanat access account korang secara haram tu.

— Nuha Kaya 2022 (@_nuhailyaaa) April 28, 2021

aku spread awareness ni sebab taknak korang terkena, sama macam aku kena. sakit dia ui Allah je yang tau. sebab aku rasa macam bodoh gila. so, jangan jadi macam aku. sekian. -bebenang tamat-

— Nuha Kaya 2022 (@_nuhailyaaa) April 28, 2021

Take note semua. Jom sebarkan perkongsian ini supaya tak ada yang kena scam lagi!

LIKE* Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang

Image via SAYS Seismik

Baca artikel menarik di SAYS Seismik: