HomeUncategorizedDah Boleh Datang Secara 'Walk-in', Ini Senarai Tempat PPV Untuk Vaksinasi Di...

Dah Boleh Datang Secara ‘Walk-in’, Ini Senarai Tempat PPV Untuk Vaksinasi Di Lembah Klang

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Seperti umum tahu, negara kita sekarang sedang sibuk mengagihkan vaksin kepada semua agar wabak jangkitan Covid-19 dapat dikurangkan

Malah, sambutannya juga amat memberangsangkan dan ramai yang mengambil inisiatif untuk mendapatkan tarikh vaksinasi mereka.

Jika sebelum ini mereka perlu menunggu tarikh vaksin untuk mendapatkan tempat, tetapi kali ini kerajaan telah membuka pemberian vaksin menggunakan pendekatan walk-in atau datang terus ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV).



Perkara itu diumumkan oleh Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin. Menurutnya suntikan inokulasi bagi tujuan berkenaan akan dimulakan secara berperingkat bermula 2 Ogos lalu.

Image via Astro Awani

Walk-in mengikut tarikh-tarikh tertentu berdasarkan golongan

Untuk makluman anda, walk-in vaksinasi perlu mengikut tarikh yang ditetapkan sebelum anda hadir di mana-mana PPV. Bermula 2 hingga 4 Ogos ini, pemberian vaksin adalah khusus untuk mereka yang berusia 40 tahun ke atas dan golongan komorbid.



Manakala tarikh bermula 5 hingga 22 Ogos pemberian vaksin adalah terbuka untuk warga negara Malaysia berusia 18 tahun ke atas.

Bagi warga asing yang berada di sekitar Lembah Klang pula, mereka boleh hadir mendapatkan suntikan vaksin secara walk-in bermula 9 hingga 11 Ogos ini khusus untuk mereka berusia 40 tahun ke atas dan golongan komorbid.

Pemberian vaksin untuk warga asing berusia 18 tahun ke atas pula akan dibuka pada 12 hingga 22 Ogos. Warga asing perlu mendapatkan suntikan mereka di PPV Stadium Bukit Jalil saja.

Image via Harian Metro

Berikut di bawah adalah senarai PPV walk-in untuk vaksinasi di sekitar Lembah Klang:

Warganegara (2 Ogos hingga 22 Ogos)

Bukan Warganegara (9 Ogos hingga 22 Ogos)

Masa walk-in ini akan bermula pada jam 2 petang dan setiap individu perlu membawa dokumen pengenalan diri sebagai bukti mereka adalah penduduk di Lembah Klang.

Bagi warga asing yang tiada dokumen pengenalan atau perjalanan sah, mereka akan melalui proses ditetapkan dalam satu Garis Panduan Pengurusan Pemberian Vaksin Kepada Individu Bukan Warganegara yang sudah dikeluarkan Penubuhan Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF).

Korang yang belum dapat tarikh lagi boleh walk-in okay. Jom vaksin!

via GIPHY

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Must Read

Related News