HomeEntertainment"Coffee Hunting Jom?" - Ini 9 Kedai Kopi Viral Di Sekitar Lembah...

“Coffee Hunting Jom?” – Ini 9 Kedai Kopi Viral Di Sekitar Lembah Klang Anda Wajib Pergi

Cover image via
@kopidankamu.hq (Instagram)
& @kugirankopi (Instagram)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Tambahan pula jika korang tahu kedai kopi viral itu berada di sekitar tempat tinggal korang saja, apa tunggu lagi. Kenalah serbu betul tak?

Di sini kami akan senaraikan sembilan kedai kopi tempatan yang sedang viral dan mendapat perhatian daripada orang ramai. Mungkin ada di antara korang sudah mencuba salah satu kedai yang akan disenaraikan di bawah.

Kalau belum tahu, make sure korang scroll sampai habis okay? Let’s check it out!

1. Kopi Dua Darjat

Sudah lama mendapat tempat di hati para pengunjung, Kopi Dua Darjat mempunyai lebih 10 cawangan di sekitar Lembah Klang untuk memudahkan anda singgah di mana saja anda berada. Jangan lupa cuba menu terbaru mereka iaitu green tea!

Klik di sini untuk terus ke laman rasmi Instagram mereka.

2. Kopi Saigon

Bak kata tagline mereka “Tiada Hari Tanpa Kopi”, Kopi Saigon juga mempunyai lebih 10 cawangan yang sudah pastinya mudah untuk anda mencari kedai mereka. Mereka akan membuka cawangan di Semenyih dan Banting pula lepas ini. Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan kopi mereka tau!

Klik di sini untuk terus ke laman rasmi Instagram mereka.

3. Kopi Senget

Untuk orang yang berada di sekitar Teluk Panglima Garang, Klang, jangan kata korang tak ada masa untuk singgah ke kedai Kopi Senget ini. Mereka juga ada menyediakan dessert seperti kek yang sedap-sedap belaka. Wajib cuba!

Klik di sini untuk ke laman rasmi Instagram mereka.

4. Kugiran Kopi

Terletak di Jalan Rejang Taman Sri Rampai, Kuala Lumpur, Kugiran Kopi sentiasa menerima kedatangan korang setiap hari bermula dari 12PM sehingga 7.30PM. No off day! Tapi jangan risau, kalau kedai tutup, mereka akan inform dekat Instagram.

Klik di sini untuk ke laman rasmi Instagram mereka.

5. Kopi Kontena

Kopi Kontena juga mempunyai banyak cawangan di sekitar Lembah Klang. Mereka bercadang ingin membuka 1,000 outlets tau, power! Kalau tak nak minum kopi, korang boleh cuba green tea mereka. Yang paling best, korang boleh drive-thru tau. Terbaiklah!

Klik di sini untuk ke laman rasmi Instagram

6. Kopi Jalan Lima

Kedai kopi ini baru saja dibuka bulan Oktober lalu. Apa yang paling unik adalah kesemua jenis kopi di sini dibuat oleh seorang suri rumah yang mengisi masa lapang dengan menjual kopi have-have. Memang patut dipuji effort tu dan korang kena support Kopi Jalan Lima okay?

Klik di sini untuk ke laman rasmi Instagram mereka.

7. Kopi Pokok

Nak feeling-feeling kampung tapi mengopi di tengah bandar? Kopi Pokok ni sangat sesuai untuk korang yang suka minum sambil menikmati view pokok dan vibes di kampung. Mereka juga ada menu special pada hujung minggu. Nak tahu apa dia? Kenalah stalk sendiri!

Klik di sini untuk ke laman rasmi Instagram mereka.

8. Kopi Dan Kamu

Dengar cerita 5,000 cawan terjual dalam masa kurang daripada empat minggu? Hebat! mana tidaknya, tengok kopi mereka pun memang dah tahu mesti sedap punya. Tak percaya? Korang tengok sendirilah gambar-gambar minuman mereka. Terliur beb!

Klik di sini untuk ke laman rasmi Instagram mereka.

9. The Daun Kopi

“Hidup itu ibarat minum kopi, kadang rasanya pahit, tapi itu yang membuat mata terbuka”. Kedai kopi ini berkonsepkan warna hijau sesuai dengan namanya The Daun Kopi. Mereka juga mempunyai minuman refreshing lain seperti orange breeze dan berry blast. Rugi tak cuba!

Klik di sini untuk ke laman rasmi Instagram mereka.

You may be interested in:

Must Read

Related News