HomeEntertainment"Cipta Rekod" - Enam Pelajar Malaysia Ini Terpilih & Diterima Masuk Ke...

“Cipta Rekod” – Enam Pelajar Malaysia Ini Terpilih & Diterima Masuk Ke Harvard College

Cover image via
@lapetitemaligne (Twitter)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Enam pelajar Malaysia berkenaan terdiri daripada Chooi Je Qin, Herman Leong Xin Yang, Ishant Shah, Carisma Michaela Wong, Lee Ee Jenn dan Alyssa Yap Xin Yi akan ke kelas sarjana tahun 2026 di Harvard College di Amerika Syarikat bagi tahun pengajian yang akan datang.

Malah, bilangan pelajar yang diterima masuk menuntut di institusi pengajian terkemuka dunia itu adalah yang paling tinggi dalam sejarah negara setakat ini.

Mereka dipilih daripada 61,220 pemohon dengan kadar pengambilan pelajar bagi kelas 2026 adalah yang paling rendah dalam sejarah Harvard iaitu 3.19 peratus.

Menurut penemuduga Alumni Harvard untuk Malaysia, Wan Nadiah Wan Mohd Abdullah Yaakob, sebelum ini, paling ramai adalah dua pelajar yang diterima masuk setiap tahun dan ada tahun tiada langsung.

“Kami sangat teruja kerana enam pelajar Malaysia ini telah memecahkan rekod jumlah paling ramai diterima masuk ke Harvard College dalam tempoh satu tahun,” katanya.

Ketika menggambarkan kualiti pelajar-pelajar tersebut, Wan Nadiah berkata, kesemua mereka mempamerkan kualiti cemerlang termasuk di luar bidang akademik.

“Ia termasuk terlibat dalam kejohanan antarabangsa astrofizik dan astronomi, bermain alat muzik “double bass” untuk orkestra sekolah, mempunyai minat terhadap bahasa dan karaoke Kadazan, mewakili Malaysia dalam pertandingan debat serta terlibat dalam aktiviti berkaitan alam sekitar dan kedermawanan. Malah, salah seorang pelajar terpilih, Ishant pula adalah pemain skuasy negara.

“Semua mereka semua berkongsi dedikasi untuk mengecapi kecemerlangan dalam bidang yang mereka minati,” ujar kata Wan Nadiah, yang juga adalah Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Thomson Kota Damansara.

Penemuduga alumni lain ialah paderi gereja Holy Trinity Bukit Bintang, Jacintha Tagal dan ketua penyelidik Khazanah Nasional Bhd, Nick Khaw.

1. Ishant Shah (SMK Bukit Jambul, Pulau Pinang, kini melanjutkan Program Matrikulasi Antarabangsa Canadia di Sunway College)

2. Chooi Je Qin (SMK Sultan Ismail, Johor, kini melanjutkan A-Levels di Kolej Tuanku Jaafar)

3. Herman Leong Xin Yang (SMJK Chung Ling, Pulau Pinang, kini melanjutkan A-Levels di Kolej Yayasan UEM di bawah tajaan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam)

4. Carisma Michaele Wong (SM Stella Maris, Sabah, kini melanjutkan A-Levels di Kolej Yayasan UEM di bawah tajaan biasiswa Yayasan Khazanah)

5. Lee Ee Jenn (kini melanjutkan A-Levels di Garden International School)

6. Alyssa Yap (SMK Green Road, kini telah tamat A Level di Maktab Rendah Anglo-Chinese, Singapura di bawah tajaan biasiswa Pra-U ASEAN dan sedang menjalani latihan praktikal)

More stories to read:

Must Read

Related News