@schakynamd_ (TikTok)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Hal ini kerana supaya senang untuk dijejaki di manakah lokasi terakhir kita sebelum terkena Covid-19. Malah, ia juga memudahkan kerja-kerja sanitasi.
Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila seorang budak lelaki dengan yakinnya mengimbas kod MySejahtera sebelum masuk telah menarik perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video daripada @schakynamd_, kelihatan dia berkongsi gelagat seorang budak lelaki semasa memasuki sebuah premis.
Budak lelaki itu dilihat mengeluarkan telefon bimbitnya, kononnya kerana mahu mengimbas kod MySejahtera sebelum memasuki premis tersebut.
Namun, apa yang lebih menarik perhatian adalah dia dengan selamba menggunakan kamera telefonnya dan bukanlah kamera daripada MySejahtera. Dia juga siap mengambil gambar dan masuk bersama rakannya itu.
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasa terhibur melihat gelagat budak lelaki itu.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 160.5K views, 4,844 likes dan 271 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok: