HomeEntertainment"Buat Hal" - Pemuda Jadi Waiter Dekat Rumah Layan Tetamu Datang Beraya...

“Buat Hal” – Pemuda Jadi Waiter Dekat Rumah Layan Tetamu Datang Beraya Ini Curi Tumpuan

Cover image via
@_miszchinta_ (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Tuan rumah pula pasti akan memasak makanan yang sedap atau paling kurang pun akan menghidangkan air dan kuih raya buat para tetamu yang datang.

Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini berkenaan seorang pemuda yang berpakaian seperti waiter untuk melayan tetamu telah menghiburkan hati ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Menerusi video yang dimuat naik oleh @miszchinta, kelihatan dia sedang menziarahi rumah saudaranya pada Hari Raya Aidilfitri.

Namun, apa yang melucukan adalah apabila dia sempat merakam gelagat anak saudaranya melayan tetamu-tetamu yang datang seperti seorang waiter di restoran.

Bukan sahaja cara pemakaiannya, namun gayanya menuang air untuk tetamu pun memang seperti waiter di restoran mahal. Gelagatnya itu telah mengundang dekah tetamu-tetamu yang lain.

Lihat video sambungan itu di bawah:

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mencecah 1.8M views, 187.9K likes serta 2.6K comments di TikTok.

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat lucu pemuda tersebut.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

via GIPHY

You may be interested in:

Must Read

Related News