HomePoliticsBiasiswa tusyen bernilai RM1 juta untuk direbut di MyTuition

Biasiswa tusyen bernilai RM1 juta untuk direbut di MyTuition

500 pelajar kini boleh menikmati kelas tusyen maya secara percuma menerusi program biasiswa oleh Taylor College.

KUALA LUMPUR: 2020 adalah tahun yang sangat mencabar bagi semua berikutan pandemik Covid-19. Ekonomi terjejas begitu juga dengan pekerjaan. Namun, di tengah-tengah kesulitan tersebut, ada juga peluang dibuka untuk rakyat Malaysia yang tidak putus asa untuk berusaha.

Pusat tusyen antara yang teruk terjejas namun, pembelajaran dalam talian adalah alternatif terbaik buat masa ini.

MyTuition, sebuah platform pembelajaran dalam talian yang menghubungkan guru terbaik di Malaysia dengan pelajar secara dalam talian.

Menurut Eddie Lim Yit Min, orang di belakang MyTuition, pelancaran MyTuition adalah pada masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

MyTuition adalah platform pembelajaran dalam talian yang menghubungkan guru terbaik di negara ini dengan pelajar di seluruh Malaysia. (Gambar Eddie Lim)

MyTution telah mendapat sambutan yang menggalakkan, bila mana ribuan pelajar telah menghadiri kelas tusyen dan seminar di platform dalam talian ini. Ia mencatatkan lebih dari setengah juta kunjungan ke halaman MyTuition pada bulan Jun dan ianya dijangka akan berterusan.

“Saya rasa, sambutan untuk kelas tusyen ini bukan hanya kerana Covid-19 tetapi kerana kredibiliti guru-guru yang kami ada di platform ini. Kami mempunyai pengarang buku, “Guru Cemerlang” dan ketua penanda SPM,” kata Lim yang juga merupakan bekas atlet kebangsaan.

Sejak dimulakan operasi pada tahun ini, MyTuition telah berkembang pesat sehingga mendapat pengiktirafan dari institusi pengajian tinggi seperti Taylor College yang telah bekerjasama dengan MYTuition untuk melancarkan “Biasiswa SPM RM1 Juta Taylor” untuk 500 pelajar Tingkatan 5 bagi tahun 2021.

Eddie Lim, pengasas bersama MyTuition berkata bahawa biasiswa berpotensi mengubah kehidupan.

Biasiswa ini akan memastikan pelajar bertuah akan mendapat manfaat daripada kelas Mytuition tanpa perlu risau sama ada mereka mampu atau tidak.

Di bawah program ini, 500 pelajar akan dipilih berdasarkan pelbagai faktor termasuk keputusan PT3 2018 dan pendapatan isi rumah mereka.

Setelah dipilih, pelajar akan diberi akses penuh ke kelas MyTuition merangkumi Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Mathematik dan Sejarah selama tiga bulan dari Januari hingga Mac 2021.

Tetapi walaupun pelajar tidak dipilih untuk mendapatkan biasiswa, mereka masih layak menerima pelbagai faedah dan ganjaran.

Selain kredit bernilai RM1,080 dalam akaun MyTuition mereka, pelajar juga akan menerima buku dan bahan e-rujukan percuma yang ditulis oleh pendidik bertauliah.

Mereka juga akan diberi tiket untuk ‘seminar SPM intensif Taylor College dalam talian’ yang dijadualkan akan diadakan pada Oktober 2021.

Seminar ini akan merangkumi 12 subjek mempersiapkan pelajar sepenuhnya untuk peperiksaan SPM mereka.

Permohonan dibuka di MyTuition sehingga 24 Disember 2020 dan pemohon yang berjaya akan diberitahu melalui email selewat-lewatnya pada 30 Disember.

Pemohon perlu memuat turun aplikasi “The Risers” Taylor College untuk pemohon. Mereka boleh menebus barangan yang ditawarkan.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Must Read

Related News