HomeEntertainment"Biar Betul?" - Ini 5 Makanan Sejuk Beku Yang Rasanya Hampir Sama...

“Biar Betul?” – Ini 5 Makanan Sejuk Beku Yang Rasanya Hampir Sama Dengan Produk McDonald’s

Cover image via
Lazada
& @jules12anne (Instagram)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

via GIPHY

Walaupun hanya boleh pergi ke drive-thru dan dapatkan set kegemaran anda, kadangkala bagus juga kalau dapat simpan makanan segera dalam peti sejuk. Bila-bila masa je boleh makan.

Siapa je dekat dunia ni yang tak suka makan McDonald’s kan? Percaya atau tidak, rupa-rupanya terdapat beberapa makanan sejuk beku di pasaran dikatakan mempunyai rasa yang hampir sama dengan McD. Selain itu, ia boleh didapati di banyak kedai runcit di seluruh Malaysia. Wow!

Jom tengok antara 5 makanan sejuk beku yang dikatakan mempunyai rasa sama seperti McD itu di bawah:

1. First Pride Tempura Chicken Nuggets

Nugget ayam tempura First Pride sebelum ini pernah viral gara-gara ramai yang mengatakan bahawa rasanya hampir sama dengan nugget McD. Menurut sesetengah pihak, makanan sejuk beku First Pride sebenarnya dikeluarkan oleh MacFood Services Sdn Bhd. Ia merupakan pembekal pemprosesan utama McDonald’s Malaysia untuk produk proteinnya seperti daging lembu, ayam dan ikan. No wonderlah!

2. Simplot FrenchFries Shoestring

Simplot FrenchFries telah dikatakan sebagai rasa yang paling serupa dengan kentang goreng terkenal McD. Ternyata, syarikat makanan sejuk beku Simplot sebenarnya adalah pembekal utama kentang goreng McD! Wajib beli ni buat stok makanan dekat rumah bila terasa nak makan fries McD.

3. Simplot Hash Browns

Kalau breakfast dekat McD, tak sah kalau tak pesan hash brown kan? Itulah pelengkap set kegemaran ramai. Jangan cuba nafikannya! Memandangkan waktu sarapan pagi di McD hanya sampai pukul 11 pagi saja dan kadangkala anda tidak sempat untuk beli, apa kata anda dapatkan hash brown keluaran Simplot ni. Rasanya memang sama tau!

4. First Pride Spicy Chicken Katsu Crispy

Jika anda penggemar setia Spicy Chicken McDeluxe, cubalah beli First Pride Chicken Katsu Crispy perisa spicy ini. Ada yang mengatakan bahawa jika anda memasukkannya ke dalam air-fryer, anda akan mendapat versi yang kurang berminyak untuk hidangan kegemaran anda!

5. McCain Prosperity Spiral Fries

Sama seperti Simplot, jenama McCain juga dikatakan sebagai salah satu pembekal kentang McDonald’s. Kentang goreng spiral ini rasanya hampir sama dengan curly fries yang popular di rangkaian makanan segera. Rugi kalau tak cuba rasa!

via GIPHY

You may be interested in:

Must Read

Related News