@alyshazlkn (TikTok)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Kadangkala sampai rasa nak tercabut jantung kalau terlihat penampakan benda misteri ini. Ada masanya sampai trauma dibuatnya dan tidak mahu berada di tempat itu lagi.
Baru-baru ini, tular sebuah video apabila seorang pengguna TikTok sempat merakam kelibat wanita tersebut yang ditemuinya di tepi jalan telah menarik perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang pengguna TikTok menunjukkan penampakan seorang wanita misteri sering menjadi tanda tanya kebanyakan penduduk di sekitar Cyberjaya.
Apa yang lebih menakutkan adalah wanita berkenaan dilihat berdiri kaku tanpa sebarang pergerakan. Kemunculannya itu secara tiba-tiba telah ‘menghantui’ ramai.
Malah, pengguna TikTok tersebut telah membuat dua kali pusingan untuk melihat keadaan wanita terbabit dan dia masih berada di tempat yang sama.
Lihat video sambungan itu di bawah:
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka.
Ada juga yang andaian mengatakan berkemungkinan wanita tersebut mempunyai masalah mental atau menghadapi tekanan hidup.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.7M views, 74.8K likes dan 1,582 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok: