Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Terdapat pelbagai jenis jambangan yang ada di pasaran. Antaranya, jambangan duit, jambangan bunga, jambangan coklat dan macam-macam lagi.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok apabila seorang pengantin lelaki jadikan duit hantaran sebagai jambangan bunga yang besar telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang pengantin lelaki sedang mengeluarkan sesuatu daripada keretanya.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila dia mengeluarkan sebuah jambangan bunga berbentuk duit yang dilihat sangat besar. Lebih mengejutkan lagi, dia hampir jatuh sebaik saja memegang bunga itu.
Lihat video sambungan itu di bawah:
Susulan tularnya video yang kini meraih sehingga 24M tontonan, 851K tanda suka dan 7K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:


