HomeEntertainmentBaru Nak Baca Yasin, Tetapi Boleh Pula Kena Scam Dapat CD Sahaja...

Baru Nak Baca Yasin, Tetapi Boleh Pula Kena Scam Dapat CD Sahaja Ini Undang Tawa Ramai

Cover image via
@adib_661 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Selalunya, kebanyakan masjid atau surau di Malaysia ini sering menganjurkan majlis bacaan Yasin secara beramai-ramai pada setiap malam Jumaat.

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok berkenaan seorang lelaki yang diberikan CD Yasin ketika majlis bacaan Yasin telah menghiburkan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Menerusi video yang dimuat naik oleh @adib_661, kelihatan seorang lelaki sedang merakam situasi di majlis bacaan Yasin di sebuah surau yang tidak dikenal pasti.

Lelaki tersebut kemudian menunjukkan buku Yasin yang dipegangnya. Namun, apa yang menghiburkan ramai adalah apabila dia membuka buku tersebut ia hanya mempunyai CD Yasin bukannya surah Yasin.

Difahamkan, terdapat seorang pak cik yang memberikan CD Yasin kepada lelaki tersebut. Cover CD Yasin itu pula memang nampak seperti buku-buku Yasin yang lain.

Susulan tularnya video itu yang kini mendapat sehingga 653.2K tontonan, 68.6K tanda suka dan 1.5K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat situasi lelaki itu diberikan CD Yasin ketika majlis bacaan Yasin tersebut.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

via GIPHY

More stories to read:

Must Read

Related News