@madambee89 (TikTok)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Bukan sahaja orang dewasa, malah kanak-kanak juga turut berpuasa dengan dorongan oleh ibu bapa. Namun, kanak-kanak pasti mempunyai pelbagai ragam semasa berpuasa bukan?
Seperti video di TikTok yang tular baru-baru ini berkenaan seorang budak lelaki yang menangis ingin berbuka selepas melihat adiknya makan nasi telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video yang dimuat naik oleh @madambee89, kelihatan seorang wanita sedang menyuapkan nasi kepada anak bongsunya.
Si abang pula yang sedang berpuasa tetapi ternyata situasi itu membuatkan dia tergugat melihat adiknya makan dan terus menangis mahu berbuka. Pada akhir video tersebut, wanita itu dilihat menyuapkan juga nasi kepada anak pertamanya.
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat budak lelaki menangis nak berbuka itu. Malah, ada juga yang teringat akan zaman kanak-kanak mereka.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 886.8K views, 112.0K likes dan 933 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok: