HomeUncategorizedBalas Soalan Mak Cik Bawang Pasal Kahwin, Cara Pemuda Ini Bagi Tips...

Balas Soalan Mak Cik Bawang Pasal Kahwin, Cara Pemuda Ini Bagi Tips Buat Ramai Terhibur

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Apabila meningkat dewasa, sudah pasti kita sering diajukan soalan daripada mak cik saudara atau kawan-kawan ibu dan ayah tentang kahwin bukan?

Kebiasaannya, mereka akan bertanya “bila nak kahwin”, “dah berpunya ke belum?”, “bila nak bagi menantu dekat ibu ayah?” dan macam-macam lagi.

Sejujurnya, soalan-soalan seperti itu memang merimaskan bagi sesetengah orang terutamanya mereka yang masih belum ada pasangan. Sampai buntu juga nak menjawab soalan cepumas geng mak cik bawang.

Namun baru-baru ini, tular sebuah video seorang pemuda mengajar bagaimana nak menjawab soalan-soalan seperti itu apabila ditanya oleh mak cik bawang telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@just5mil3

M-mengpenat aku##fyp ##fyp ##xyzbca ##imranbard ##anakkirimanheaven

original sound –

Bagi tips jawab soalan cepumas daripada mak cik bawang

Menerusi perkongsian video daripada @just5mil3, kelihatan pemuda itu sedang melakonkan situasi di dapur yang biasa terjadi kepada para gadis.

Dia dilihat sedang menumbuk sambal belacan sambil memberikan tips jika disoal mengenai perkahwinan. Apa yang menarik perhatian, caranya menjawab adalah sangat menghiburkan dan mampu membuatkan sesiapa saja akan terdiam.

“Kau jawab macam ni. Mak cik kenapa tanya saya bila nak kahwin? Tanyalah suami mak cik, dia yang tentukan tarikh kita mak cik. Ahahaha. Dia yang letak date nikah kita mak cik, bukan kita. Kita ikutkan aje haa. Confirm berderau darah dia,” katanya.

Image via @just5mil3 (TikTok)

Image via @just5mil3 (TikTok)

“Hahahaha aku syak mesti dia ada masalah dengan mak cik tu, setepek terus” – Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.5M views, 221K likes dan 4.9K shares di laman TikTok.

Rata-rata netizen turut terhibur melihat cara pemuda itu menjawab soalan daripada geng mak cik bawang yang sibuk nak tahu bila anak orang lain nak kahwin.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image via @just5mil3 (TikTok)

Image via @just5mil3 (TikTok)

Image via @just5mil3 (TikTok)

Image via @just5mil3 (TikTok)

Image via @just5mil3 (TikTok)

Image via @just5mil3 (TikTok)

Image via @just5mil3 (TikTok)

Image via @just5mil3 (TikTok)

Korang bolehlah pakai jawapan dia kalau ada mak cik bawang yang tanya bila nak kahwin tu. Mesti terdiam terus! 😛

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Must Read

Related News