HomeEntertainmentBagaimana Saudara Mara Kita Dapat Berita Viral Ya? Mestilah Sebab Aplikasi Lumi...

Bagaimana Saudara Mara Kita Dapat Berita Viral Ya? Mestilah Sebab Aplikasi Lumi News Ini!

Cover image via
Lumi News

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Kebiasaanya pak cik dan mak cik orang pertama yang akan share cerita-cerita viral di Facebook atau di group chat WhatsApp. Tapi anda pernah terfikir tak macam mana mereka boleh dapat berita terkini atau cerita viral ini?

Adakah mereka ini wartawan? Kalau anda nak tahu, sebenarnya ada satu aplikasi berita yang sangat mudah untuk diguna iaitu Lumi News!

Dengan aplikasi ini, anda boleh dapat pelbagai berita penting seperti SOP, amaran banjir atau hujan lebat, hinggalah ke cerita terhangat pasal artis tempatan dan antarabangsa.

Ini sebab Lumi News meliputi berita terkini daripada media terbesar Malaysia, termasuklah Seismik, Berita Harian dan Harian Metro. Best kan?

Anda boleh kongsi screenshot yang kemas dan lawa melalui News Clips tentang contohnya cerita Seismik yang viral ke Instagram Stories dengan hanya satu tekan!

Lumi News juga telah memperkenalkan satu ciri yang menjadi kegemaran pak cik dan mak cik iaitu butang ‘Kongsi ke WhatsApp’ di bawah setiap artikel. Lepas ini, senanglah nak kongsi cerita viral dan terkini ke Group Chat WhatsApp. Mudah kan?

Lumi memperkenalkan ciri News Stack ini sebab faham sangat bukan mudah untuk kebanyakan orang baca berita setiap hari.

Khas dipilih daripada pelbagai media oleh tim Lumi sendiri, ciri ini menyajikan anda dengan kompilasi artikel yang ‘mesti dibaca’. Lagi best, ia dipersembahkan dalam hanya satu feed yang boleh ditatal untuk memudahkan pengguna baca dan dan kongsi topik-topik yang hangat.

Bukan itu sahaja, Lumi News ini juga sediakan berita dan cerita viral daripada lebih 45 media di Malaysia dan boleh dikongsikan ke pelbagai platform termasuk WhatsApp. Confirm anda tak akan terlepas berita penting punyalah!

Masih tak faham mengenai ciri News Stack? Klik sini.

Laman berita ‘mesti kongsi’ paling diminati ramai iaitu SAYS Seismik pun ada dalam aplikasi Lumi News dan tidak boleh dijumpai di dalam aplikasi berita lain.

Jangan terlepas untuk baca dan ikuti berita yang anda mahu sahaja daripada lebih 25 topik hangat. Tak perlu tunggu mak cik atau pak cik lagi, sebab dengan aplikasi ini anda dah boleh kongsi sendiri berita viral dekat keluarga dan kawan-kawan.

via GIPHY

You may be interested in:

Must Read

Related News