HomeEntertainment"Auto Mandi" - Konfiden Ajak Member Jalan Atas Lopak Air, Sekali Terciduk...

“Auto Mandi” – Konfiden Ajak Member Jalan Atas Lopak Air, Sekali Terciduk Jatuh Dulu

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Dalam setiap persahabatan, pasti ada saja kenangan lucu terjadi lebih-lebih lagi jika kita berkawan dengan orang yang jenis ‘masuk air’

Semua kenangan itu yang menjadikan sesebuah hubungan persahabatan berkenaan kukuh. Pada masa yang sama, merakam kenangan tersebut dapat membuatkan kita kembali tersenyum di kala duka.

Seperti sebuah video yang viral ini memaparkan gelagat spontan seorang pemuda yang terjatuh dalam lopak air telah mengundang tawa ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@muazzammzfr

Auto mandi #malaysia #fyp #xyzbca

original sound – Muazzam – Muazzam

Beria cabar member jalan atas lopak air, belum apa-apa dah jatuh dulu

Menerusi video yang dimuat naik oleh @muazzammzfr, kelihatan pemuda itu sedang berjalan dengan kawan-kawannya untuk melintasi di bawah bumbung agar tidak terkena air.

Tetapi, dia tiba-tiba mengajak kawan-kawannya untuk mengikut jalan lain iaitu di atas lopak air di sebelah kanan mereka.

Walau bagaimanapun, nasibnya malang kerana sebaik saja dia memijak lopak air tersebut, dia terus jatuh tersungkur ke dalamnya.

Insiden itu membuatkan kawan-kawannya semua tak berhenti tergelak. Malah, salah seorang kawan mereka sempat menyuruhnya duduk di dalam lopak itu kerana ingin mengambil gambar.

Image via @muazzammzfr (TikTok)

Image via @muazzammzfr (TikTok)

“Nak elak kasut basah tapi terbasah satu badan” – Warganet

Susulan tularnya video tersebut yang kini telah meraih 1.3M views, 147.8K likes dan 2.4K comments di TikTok, rata-rata warganet turut terhibur melihat insiden lucu itu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Image via @muazzammzfr (TikTok)

Image via @muazzammzfr (TikTok)

Image via @muazzammzfr (TikTok)

Image via @muazzammzfr (TikTok)

Image via @muazzammzfr (TikTok)

Image via @muazzammzfr (TikTok)

Image via @muazzammzfr (TikTok)

Image via @muazzammzfr (TikTok)

Image via @muazzammzfr (TikTok)

Image via @muazzammzfr (TikTok)

Lain kali jangan yakin sangat bang, malu dapat sakit pun dapat tu 😛

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Must Read

Related News