HomeEntertainmentAnda Pencinta Matcha? Ini 5 Cafe Estetik Yang Boleh Anda Kunjungi Di...

Anda Pencinta Matcha? Ini 5 Cafe Estetik Yang Boleh Anda Kunjungi Di Klang Valley

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Ramai yang gemar akan kopi, tetapi jumlah kafein yang tinggi membuatkan ramai tidak dapat menikmatinya

Jangan risau, kalian boleh cuba Matcha pula kerana kandungan kafeinnya lebih sedikit berbanding kopi. Berasal daripada daun teh hijau lalu digiling menjadi serbuk halus, itulah dia Matcha yang disukai ramai!

Jika kalian ingin mencuba aneka minuman dan makanan Matcha yang sedap, kami senaraikan 5 cafe di Klang Valley yang boleh anda pergi.

1. Niko Neko Matcha

Image via @nikonekomatcha (Instagram)

Image via @nikonekomatcha (Instagram)

Image via @nikonekomatcha (Instagram)

Peminat Matcha pasti mengenali Niko Neko Matcha kerana ia merupakan pembekal matcha powder yang terkenal di Malaysia. Bukan sahaja matcha powder, kafe ini turut menyediakan pelbagai jenis minuman serta pencuci mulut yang diperbuat daripada serbuk matcha premium mereka.

Tambahan pula, cafe Niko Neko Matcha juga mempunyai interior yang sangat aesthetic. Bolehlah ambil gambar ataupun OOTD! Jika anda pergi ke cafe ini, pastikan anda cuba Matcha Latte mereka!

Niko Neko / The Concept Store 1.5

Alamat:  82A, Lorong Maarof, Bangsar, 59000 Kuala Lumpur

Waktu operasi: Isnin hingga Ahad (11:00 AM hingga 6:00 PM), Rabu (Tutup)

Niko Neko / The Concept Store 2.0

Alamat: 181, Jalan Tun HS Lee, Chinatown, 50000 Kuala Lumpur, Malaysia

Waktu operasi: Selasa hingga Ahad (11:00 am hingga 6:00 PM), Isnin (Tutup)

2. HEJAÜ

Image via @letsgohejau (Instagram)

Image via @letsgohejau (Instagram)

Image via @letsgohejau (Instagram)

Ditubuhkan oleh pencinta matcha untuk pencinta matcha, HEJAÜ juga antara cafe terbaik yang menyediakan minuman serta pencuci mulut diperbuat daripada serbuk matcha.

Dihiasi dengan kehijauan daun, cafe ini pasti menjadi ‘insta-worthy spot’ untuk orang ramai bergambar. Jika anda merancang untuk pergi ke cafe ini, make sure anda cuba Matcha Polo Bun mereka!

Alamat: The Gasket Alley, Unit 15-10, Lot 15, Jalan 13/6, Seksyen 13, Petaling Jaya, Selangor

Waktu operasi: Selasa hingga Ahad (12:00 PM hingga 7:00 PM), Isnin (Tutup)

3. Oh Cha Matcha (OCMC)

Image via @ohchamatcha.kl (Instagram)

Image via @ohchamatcha.kl (Instagram)

Image via @ohchamatcha.kl (Instagram)

Turut menjual serbuk matcha tersendiri, Oh Cha Matcha juga merupakan cafe yang wajib dikunjungi oleh pencinta matcha.

Selain daripada minuman dan dessert, kafe ini agak unik kerana ia juga menyediakan pasta matcha! Bukan itu sahaja, cafe yang dicat merah jambu ini juga sangat sesuai untuk gambar OOTD anda.

Alamat: 130, Jalan Burhanuddin Helmi, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur

Waktu operasi: Isnin hingga Ahad (10:00 AM hingga 8:00 PM)

4. Match-it Matcha

Image via @match__it (Instagram)

Image via @match__it (Instagram)

Image via @match__it (Instagram)

Menyediakan minuman dan juga pencuci mulut yang diperbuat daripada matcha, cafe ini juga boleh anda kunjungi untuk menikmati matcha yang sedap.

Matcha Latte ada, Matcha Frappe pun ada. Anda peminat Lotus Biscoff? Match-it Matcha juga ada Lotus Biscoff Matcha!

Alamat: 47, Jalan Wangsa 34/26, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu operasi: Selasa hingga Ahad (10:00 AM hingga 6:00 PM), Isnin (Tutup)

5. IJO. Matcha

Image via @ijo.matcha (Instagram)

Image via @ijo.matcha (Instagram)

Image via @ijo.matcha (Instagram)

Terkenal dengan Matcha Cookies, IJO. Matcha tidak terkecuali daripada senarai ini! Matcha lovers perlu cuba minuman dan dessert di kafe ini!

Selain minuman matcha yang biasa dijual oleh kafe-kafe yang lain, IJO. Matcha menambah rasa klasik Melayu dengan menyediakan Matcha Onde Onde, Matcha Chai Cincau dan juga Matcha Bandung Selasih.

Alamat: Level 3, B.03.03A Tamarind Square, Persiaran Multimedia, 63000 Cyberjaya, Selangor (Inside PLNT.co)

Waktu operasi: Selasa hingga Ahad (10:30 AM hingga 6:30 PM), Isnin (Tutup)

Jadi, inilah 5 cafe yang boleh anda pergi untuk menikmati matcha. Anda pasti tidak akan menyesal!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Image via Raya Havoc 2022

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Must Read

Related News