HomeEntertainmentAnak Buat Drama Tak Mahu Pergi Sekolah, Ayah Ikut Menangis Sekali Ini...

Anak Buat Drama Tak Mahu Pergi Sekolah, Ayah Ikut Menangis Sekali Ini Undang Sebak Netizen

Cover image via
@syazzamer (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Walaupun situasi ini sudah menjadi kebiasaan, namun hati ibu bapa mana yang tidak luluh melihat anak-anak mereka menangis begitu.

Sama seperti video yang tular di TikTok ini berkenaan dengan reaksi sedih seorang ayah apabila melihat anaknya menangis di depan pagar sekolah telah meraih perhatian netizen.

Lihat video penuh itu di bawah:

Menerusi video yang dimuat naik oleh @syazzamer, kelihatan seorang ayah sedang memujuk anaknya yang menangis di depan pagar sekolah. Difahamkan, si anak menangis kerana tidak mahu ke sekolah.

Namun apa yang mengundang sebak netizen adalah apabila si ayah pun turut menangis kerana tidak sampai hati melihat anaknya yang tidak mahu ke sekolah itu.

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut berasa sedih dengan gelagat ayah dan anak itu. Malah, ada juga yang berkongsi pengalaman suami mereka menangis ketika menghantar anak ke sekolah.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 1M views, 82.2K likes dan 832 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

via GIPHY

You may be interested in:

Must Read

Related News