HomeEntertainment Kes Pertama Taun Dilaporkan Di Selangor, Orang Ramai Digesa Jaga Kebersihan...

[AMARAN] Kes Pertama Taun Dilaporkan Di Selangor, Orang Ramai Digesa Jaga Kebersihan Diri

Cover image via
Alomedika
& Berita Harian

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Menurut Pengarah Kesihatan Negeri Selangor, Datuk Dr Sha’ari Ngadiman, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) ingin memaklumkan pada 21 Oktober 2021, satu (1) kes kolera telah dilaporkan melibatkan seorang wanita warganegara 56 tahun di daerah Petaling.

“Hasil siasatan mendapati pesakit telah mengalami gejala cirit birit teruk dan telah mendapatkan rawatan pada hari yang sama di sebuah fasiliti kesihatan swasta.”

“Pesakit itu juga telah dirawat sebagai pesakit luar dan diambil sampel najis untuk dijalankan ujian. Keputusan ujian daripada Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan menunjukkan kehadiran bakteria Vibrio Cholerae, serogroup O1, serotype Ogawa,” katanya.

Susulan daripada itu, semua kontak rapat telah disaring termasuk pengendali makanan yang terlibat. Pengambilan sampel persekitaran juga telah dijalankan. Sehingga kini tiada tambahan kes positif kolera dikesan. Pesakit juga telah sihat sepenuhnya setelah mendapatkan rawatan yang sewajarnya.

“Siasatan lanjut telah dijalankan secara menyeluruh namun kita tidak dapat mengenalpasti punca jangkitan dan tiada kes-kes baru yang diterima sehingga kini,” ujarnya.

Oleh itu, seiring dengan saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), orang ramai terutamanya masyarakat setempat diseru melakukan perkara-perkara seperti berikut:

– Sentiasa minum air yang telah dirawat atau air yang telah didihkan
– Sentiasa mengamalkan kebersihan diri dan mencuci tangan
– Mendapatkan rawatan dengan segera sekiranya mempunyai gejala kolera
– Tidak makan makanan mentah atau tidak dimasak sempurna

Dalam pada itu, JKNS juga turut memaklumkan akan sentiasa memantau situasi semasa di negeri Selangor bagi membendung sebaran kemungkinan perebakan penyakit kolera.

Berikut di bawah adalah kenyataan penuh rasmi daripada JKNS mengenai isu yang tular:

You may be interested in:

Must Read

Related News