HomeUncategorizedAmaran Kepada Pemilik Kereta Tayar 'Kangkang', Denda RM2,000 Atau Penjara 6 Bulan...

Amaran Kepada Pemilik Kereta Tayar ‘Kangkang’, Denda RM2,000 Atau Penjara 6 Bulan Menanti

Pemilik kenderaan yang didapati menggunakan tayar dan rim terkeluar dari badan kereta atau ‘hellaflush’ boleh dikenakan denda sehingga RM2,000 atau penjara sehingga enam bulan

Menerusi laman Facebook milik Polis Diraja Malaysia (PDRM), mereka menjelaskan trend mengubah suai kereta dengan tayar kangkang itu telah menjadi ikutan dalam segelintir pemilik kenderaan.

Jelas mereka lagi, pengubahsuaian itu boleh menyebabkan sistem pemanduan terjejas oleh kerana kurang kawalan keselamatan selain brek tidak dapat berfungsi dengan cekap.

Lihat perkongsian penuh itu di bawah:

Tindakan lebih tegas akan diambil jika pengguna masih berdegil menggunakan tayar kangkang

Oleh kerana bimbang semakin banyak pengguna kenderaan yang mengubahsuai kereta mereka seperti itu, PDRM akan mengambil tindakan yang lebih tegas kepada sesiapa saja yang melakukannya.

Gaya pengubahsuaian tayar itu berkembang pantas dan dikatakan berasal daripada kejohanan melungsur kereta ‘drift’. Ianya adalah kenderaan yang telah dimodifikasikan rendah dan mempunyai tayar lebar terkeluar.

Malah, di Malaysia ada juga pemilik yang melakukannya secara ekstrim dengan meletakkan tayar kangkang pada kereta mereka.

Gambar sekadar hiasan.
Image via Auto Evolution

“Kasihani kereta cacat ini. Mereka perlukan bantuan” – Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen bersetuju dengan tindakan yang akan dikeluarkan oleh pihak PDRM mengenai isu tersebut.

Malah, ada yang membangkitkan pelbagai isu yang perlu diambil tindakan kepada sesetengah pemilik kenderaan.

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian berkenaan telah meraih 671 likes, 100 comments dan 173 shares di laman Facebook.

Berikut di bawah adalah komen-komen menarik daripada netizen di Facebook:

Image via Polis Diraja Malaysia (Royal Malaysia Police) (Facebook)

Image via Polis Diraja Malaysia (Royal Malaysia Police) (Facebook)

Image via Polis Diraja Malaysia (Royal Malaysia Police) (Facebook)

Image via Polis Diraja Malaysia (Royal Malaysia Police) (Facebook)

Image via Polis Diraja Malaysia (Royal Malaysia Police) (Facebook)

Image via Polis Diraja Malaysia (Royal Malaysia Police) (Facebook)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Must Read

Related News