HomeEntertainment"All King" - Tular Video 4 Myvi Putih Accident, Tapi Komen Netizen...

“All King” – Tular Video 4 Myvi Putih Accident, Tapi Komen Netizen Pula Buat Ramai Ketawa

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Dalam banyak-banyak kenderaan di Malaysia, Perodua Myvi merupakan kereta yang menjadi bahan orang ramai kerana dikatakan selalu membuat hal di jalan raya

Boleh dikatakan kebanyakan kemalangan jalan raya mesti akan melibatkan kereta Myvi betul tak? Namun, itu semua hanya kebetulan saja.

Baru-baru ini, tular pula sebuah video kemalangan yang melibatkan empat buah Perodua Myvi telah mencuri perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@muhdtaufiq247

Semoga dipermudahkan segala urusan #kingmyvi #myvi #myvimalaysia

suara asli – –

Semua king dan warna putih, komen netizen pula melucukan

Menerusi perkongsian video daripada @muhdtaufiq247, kelihatan empat Perodua Myvi itu sedang berhenti di bahu jalan selepas mengalami kemalangan sesama mereka.

Apa yang mencuri tumpuan adalah kebetulan warna keempat-empat Myvi itu adalah putih. Malah, ramai yang meninggalkan komen mengatakan mereka seperti sudah merancang perjumpaan keluarga.

Walaupun ada netizen yang berseloroh mengenai insiden itu, ramai juga yang mendoakan semoga urusan mereka dipermudah dan tiada apa-apa yang serius berlaku.

Image via @muhdtaufiq247 (TikTok)

“Myvi putih tu brake pastu yg Myvi putih tu terlanggar Myvi putih tu pastu Myvi putih tu nak elak tapi terlanggar Myvi putih tu” – Netizen

Ikutan tularnya video itu yang kini telah meraih 681K tontonan, 54.5K tanda suka serta 3.8K perkongsian di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan komen masing-masing mengenai kemalangan itu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image via @muhdtaufiq247 (TikTok)

Image via @muhdtaufiq247 (TikTok)

Image via @muhdtaufiq247 (TikTok)

Image via @muhdtaufiq247 (TikTok)

Image via @muhdtaufiq247 (TikTok)

Image via @muhdtaufiq247 (TikTok)

Image via @muhdtaufiq247 (TikTok)

Jenuh juga nak buat report kalau macam ni, boleh confuse pegawai polis nanti. Apa-apa pun semoga semuanya baik-baik je 🙂

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Must Read

Related News