HomeEntertainmentAlkisah Perangai Ibu Kuat Tidur Masa Mengandung, Sekali Turun Pula Ke Anak...

Alkisah Perangai Ibu Kuat Tidur Masa Mengandung, Sekali Turun Pula Ke Anak Siap Berdengkur

Cover image via
@viannanasir (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Ada yang lebih suka baring dan tidur kerana merasa badan sentiasa lemah sepanjang hari. Tambahan pula jika mendapat alahan yang teruk, lagilah lesu je badan.

Tetapi, betul ke orang kata perangai ibu semasa mengandung akan turun ke anak apabila dia lahir nanti? Mungkin ya, mungkin tidak.

Seperti sebuah video ini apabila seorang berkongsi perangainya semasa mengandung telah menarik perhatian ramai di TikTok.

Lihat video penuh itu di bawah:

@viannanasir

Alkisah time pregnant kuat tidur. Keluar anak pun kuat tidur siap pakej kuat berdengkur & ngences.

Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod

Menerusi perkongsian video daripada @viannanasir, kelihatan dia berkongsi perangai semasa mengandungkan anak perempuannya.

Menurut wanita itu, dia merupakan seorang yang kuat tidur semasa mengandung. Mungkin kerana keletihan dan tidak bermaya, sudah pasti ramai juga ibu mengandung di luar sana mempunyai perangai sama seperti ini bukan?

Namun, siapa sangka perangainya itu diikuti oleh si kecil yang baru dilahirkannya. Anaknya juga kuat tidur saling tak tumpah seperti ibunya. Malah, si comel itu juga kuat berdengkur.

“Alkisah time pregnant kuat tidur. Keluar anak pun kuat tidur siap pakej kuat berdengkur & ngences,” katanya di kapsyen.

Ternyata, ramai netizen di ruangan komen turut berkongsi kisah sama mereka semasa mengandung yang turun sampai ke anak. Ada yang kuat berjalan, kuat menangis dan sebagainya.

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 372.8K views, 34.9K likes dan 1.3K shares di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

More stories to read:

Must Read

Related News