HomeEntertainmentAda Iras-Iras Selebriti Korea, Wajah Comel Budak Perempuan Ini Bikin Netizen Jatuh...

Ada Iras-Iras Selebriti Korea, Wajah Comel Budak Perempuan Ini Bikin Netizen Jatuh Hati

Cover image via
Asian Wiki
& @ainareduzan (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Jika dahulu, ia popular dalam kalangan remaja sahaja kini boleh dikatakan seluruh lapisan masyarakat sudah mula meminati K-Pop. Rupa selebriti Korea yang handsome dan cantik ini memang menjadi tarikan ramai.

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok berkenaan wajah comel seorang budak perempuan yang seiras dengan seorang selebriti korea telah menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@ainareduzan

Jadi tengok lah Kdrama byk2 masa .

original sound – GEMINI

Menerusi video yang dimuat naik oleh @ainareduzan, kelihatan dia menunjukkan gambar seorang selebriti Korea, Moon Ga Young.

Kemudian, dia menunjukkan pula gambar anak perempuannya yang comel. Apa yang mengejutkan ramai adalah apabila wajah selebriti Korea tersebut dan anak perempuannya itu memang seiras.

Difahamkan, dia memang selalu menonton drama Korea ketika mengandung, mungkin disebabkan itu wajah selebriti tersebut terkenan ke wajah anaknya.

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 1.4M tontonan, 246.1K tanda suka dan 2.4K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memuji kecomelan anak perempuan wanita itu.

Malah, ada yang berseloroh ingin menatap gambar selebriti Korea kegemaran mereka setiap hari ketika mengandung.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

via GIPHY

You may be interested in:

Must Read

Related News