Cover image via
@themekpah.16 (TikTok)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Perkara tersebut boleh menarik perhatian ramai lagi pelanggan kerana keunikan tema yang dipaparkan setiap kedai. Biasalah, zaman sekarang semuanya nak luar biasa dan Instagrammable.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan kedai yang dihiasi dengan pelbagai jenis hantu telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video berkenaan, kelihatan sekumpulan gadis sedang menuju ke sebuah restoran yang berada di Gombak.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila kedai makan Char Kuey Teow itu dihiasi dengan pelbagai jenis hantu. Ada pocong, pontianak, bunian, penanggal dan lain-lain.
Pelanggan yang makan di sana rasanya seperti makan bertemankan makhluk ghaib. Rasa bertukar alam!
Lihat video sambungan penuh itu di bawah:
Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut teruja dengan hiasan dan konsep kedai itu.
Ketika artikel ini ditulis, video itu telah meraih 472K tontonan, 60K tanda suka dan 2K komen di TikTok.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: