Salah satu perkara paling unik tentang Malaysia tentunya masyarakat berbilang bangsa yang hidup harmoni antara satu sama lain

Kehidupan berbilang bangsa merupakan tunjang negara yang memacu Malaysia ke hadapan sejak dari dahulu lagi. Nilai ini sungguh berharga dan tiada galang gantinya bagi kita semua.
Perkara ini turut dicemburui oleh penduduk luar negara, malah kebanyakan warga asing yang datang ke Malaysia begitu teruja melihat kepelbagaian yang kita tawarkan dalam masyarakat.
Dan kisah ini jelas memaparkan keistimewaan hidup berharmoni sesama kaum
Pada 27 Mei 2019, seorang pengguna Twitter dengan tweethandle @aqlhsyzwna telah memuat naik satu kisah yang amat menyentuh hati rakyat Malaysia berkenaan layanan yang diterimanya semasa menaiki Grab.

Image via makanlena.com
Gadis tersebut, Nur Aqilah Syazwina menceritakan bagaimana beliau tidak menyangka pemandu Grab warga Cina berkenaan melayannya dengan sungguh baik sehingga sanggup menemaninya ke bazar Ramadan.
Me : You tak gi bazaar ke?
Him : Eh, you want to go? Jom la i bawak
Pada mulanya, Aqilah dan pemandu Grab tersebut, Wong Zhen Wei atau Ahwei hanya berborak kosong seperti biasa sehinggalah Aqilah ternampak sebuah bazar di luar kereta dan terus bertanyakan soalan di atas.
Tanpa disangka, Ahwei terus mencari parkir dan mereka berdua pergi ke bazar tersebut bersama-sama untuk membeli juadah berbuka puasa.
A thread of appreciationSo, yesterday i took a grab from bus station to go back to my house around 6pm. Me and the driver were casually conversing in the car when i saw bazaar along the way ;Me : You tak gi bazaar ke?Him : Eh, you want to go? Jom la i bawak pic.twitter.com/5NnxfYYkyx
— Nas (@aqlhsyzwna) May 27, 2019
Lebih mengejutkan, Aqilah tidak perlu membelanjakan walau satu sen pun kerana segala juadah dibayar oleh Ahwei
Melihatkan peribadi Ahwei yang begitu baik hati, Aqilah kemudian mengajaknya berbuka puasa bersama keluarganya di rumah. Namun Ahwei menolak.
He insisted on paying for all the food that i bought. I did not spend any single cent! And when he dropped me at the house, I did offer him to eat with my family together but he refused, although he jokingly said he wanted to eat together beforehand pic.twitter.com/PNPq2Fjt8n
— Nas (@aqlhsyzwna) May 27, 2019
Menurut Aqilah lagi, dia cukup tersentuh kerana Ahwei terpaksa meletakkan keretanya jauh dari bazar namun tetap sanggup berjalan bersamanya.
Upon arrival, he gave all the food that he bought at the bazaar to me the fact that a chinese guy was willing to park the car and walk quite a distance with me just to get me some food for berbuka touched me heck, he even belanja me all the food some more!
— Nas (@aqlhsyzwna) May 27, 2019
Aqilah amat berterima kasih kepada Ahwei dan mendoakan semoga Ahwei bahagia dan berjaya di masa hadapan
Gadis yang berasal dari Batu Pahat ini turut menyeru orang ramai supaya memberi lima bintang kepada perkhidmatan Ahwei sekiranya mereka berkesempatan menaiki kenderaan Grab beliau.
Thank you Ahwei! I wish you nothing but an abundance of peace & prosperity. Those who reside around Batu Pahat, rate him 5 stars if you get him! He can negotiate & talk very well, i tell ya ((reuploading this one bcs some said the former tweet wasn’t proper)) pic.twitter.com/Ix1fBb8S1V
— Nas (@aqlhsyzwna) May 28, 2019
Sebelum ada pihak yang salah faham, Ahwei sebenarnya tidak berniat untuk ‘mengorat’ atau berkenalan dengan Aqilah pun
Malah, sepanjang perjalanan, Ahwei turut menceritakan perihal isteri dan anak-anaknya. Ya, Ahwei sudah pun berkahwin dan dia berkelakuan begitu hanya kerana dia seorang yang berhati mulia.



