Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kes Covid-19 di negara kita kembali membimbangkan semua orang
Ingat, kita masih belum menang kerana masih banyak kes positif setiap hari. Tentunya ini amat merisaukan. Kita perlu sentiasa menjaga kebersihan diri dan amalkan penjarakan fizikal.
Hal ini telah menyebabkan ada sesetengah kedai pakaian tidak membenarkan pelanggannya untuk mencuba pakaian kerana kuatir dengan wabak berbahaya ini.
Tular sebuah video baru-baru ini, memaparkan seorang peniaga dan pelanggannya bergaduh mulut kerana tidak dibenarkan mencuba pakaian yang dijual di kedai telah mencetuskan reaksi ramai.
Lihat video itu di bawah:
Bengang sebab tak boleh try pakaian dekat kedai
Menerusi video tersebut, kelihatan kejadian yang itu berlaku di sebuah pusat beli-belah di ibu negara apabila kedai pakaian itu tidak membenarkan pelanggannya mencuba pakaian.
Difahamkan, oleh kerana itu dua orang individu yang dipercayai pasangan dilihat seperti tidak berpuas hati dengan layanan dari peniaga tersebut sehingga menyebabkan perang mulut.
Malah, kelihatan seperti salah seorang dari pelanggan itu mengangkat kakinya untuk menendang peniaga tersebut kerana tidak berpuas hati.
Situasi itu menjadi ‘panas’ dan disaksikan beberapa individu yang berada di kawasan kejadian berkenaan sebelum pasangan itu beredar dan mendapat jeritan ‘lelaki dayus’ oleh peniaga tersebut.
Image via TikTok
“It’s not bukan sebab nak try tak boleh ke. Dia tu cuma pekerja je. Kena ikut cakap bos and ikut rules” – Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi dan pendapat mereka mengenai kejadian itu.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.2M views, 38.3K likes dan 4,664 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Image via TikTok
Image via TikTok
Image via TikTok
Image via TikTok
Image via TikTok
Nasib baik tiada apa yang berlaku, betul juga mungkin dia hanya ikut arahan saja bukan?
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik